Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, August 10, 2011

Keracunan Makanan?

Salam 'alaikum..



Hmm lepas kena migrain Isnin lepas.. Semalam macam rasa sihat sikit dan rasa boring sangat duk kat umah. So diriku keluar amik angin..jalan-jalan cuci mata sambil cari Bazar Ramadhan yang paling senang nak parking untuk beli makanan untuk ifthar..

Masa sampai kat Sg Isap tengok orang ramai betul kat Bazar Ramadhan dia, since tengok tempat parking banyak so KH pun decide nak beli kat situ je. Masa parking kereta, dari jauh tu dah nampak banner 'Nasi Beriyani Restoran Taj'.. Memang teringin nak makan nasi beriyani sebenarnya. 

Tapi tak terus beli, jalan-jalan dulu seround tengok makanan lain. Sampai kat gerai air soya, tengok ramai je yang beli kat gerai tu. KH pun beli la air soya panas sebungkus. Then pusing balik ke gerai nasi beriyani tadi. Beli nasi beriyani ayam dan terus balik. Malas nak round lagi takut terbeli lebih dan membazir pulak kalau tak makan.

Masa ifthar, KH minum soya tu dan terus makan nasi beriyani. Pas makan, rehat kejap kat sofa before solat. Tapi tetiba macam rasa badan tak larat semacam je. Rasa sebu je perut..huhu cuba baring jap tapi still rasa tak selesa.

Pegi solat Maghrib jap then KH baring semula kat sofa sebab rasa macam pening-pening gitu. Letak minyak panas pun tak kurang gak. Perut dah mula bergejolak..Tak memulas tapi macam ada angin dan keras je rasa perut.

KH makan ubat tahan muntah yang doktor bagi, tapi tak lega gak. Tekak loya dan perut kembung..Dan malam tadi ulang alik ke toilet la kejenya..Rasa lembik je

(Google)
Takde la lembik sampai cemni..Boleh jalan lagi cuma pening la

Duk terfikir sebab makan nasi beriyani ke sebab minum soya?ke sebab dua-dua sekali?hmm taktau la. Pagi tadi KH gagahkan juga pergi ke sekolah sebab rasa macam dah kurang. Tapi kat sekolah rasa lemah je, pening je bila masuk ke kelas.

Waktu rehat KH mintak izin keluar pegi klinik..GPK 1 kata muka KH pucat..huhu dia suh balik rehat kat rumah pas pegi klinik. Dan masa tu ada member KH kat bilik GPK 1 tu, dia nak tolong hantarkan ke klinik. huhu terharu lak..

Bila jumpa doktor, dia kata maybe KH keracunan. Makanan yang beli kat Bazar Ramadhan tu kena hati-hati. Air soya tu maybe tak masak sepenuhnya ataupun dah terdedah lama..Nasi beriyani tu pun sama gak. Masa beli tu KH tengok periuk nasi sentiasa tutup. Dia bukak hanya bila kita nak beli. Lauk ngan acar dah siap bungkus. Tak tahu la. Maybe penyediaan tak berapa bersih.

Doktor nak bagi MC hari ni, KH cakap KH pegi sekolah tadi, then dia bagi MC esok, suruh rehat kat rumah..huhu 

Kalau nak tahu detail tentang punca keracunan makanan, baca SINI

Kalau yang ada anak2 kecil tu better korang masak sendiri la.. Terjamin kebersihannya. Kalau nak gak minum ais. Buat ais sendiri kat rumah. Sah-sah kita guna air masak. Ais yang dibeli tu belum tentu lagi bersihnya.


Ada tak sapa-sapa pernah keracunan makanan?

14 comments:

Jo Qusary said...

Hati2... pagi tadi ada dgr berita dlm radio psl sorg budak berumur 12 thn maut akibat keracunan makanan lepas dia beli juadah berbuka puasa kat bazaar ramadhan semlm...

Sufia Mahzan said...

Sedih baca pasal kes keracunan makanan hari ni, sampai ade adik yg meninggal.
Hati-hati membeli makanan di Bazar Ramadhan :)

Kalamhati said...

>>Jo:
mekasih Jo..tu la, kecut je perut baca ttg tu..huhu kena lebih berhati2..rajin la akak masak pasni.. biar mkn sorang pun..lg selamat kan

Kalamhati said...

>>Sufia:
huhu tu la..
sama2 kita berhati2 k

SN said...

sabar2,mungkin nasi beriyani kot,sbb kalau tak masak btl2 mmg sng sngt kena food poisoning ni...mcm kat kenduri kawen selalunya

get well soon ^^

whitecappuccino said...

kesiannnya yati..kena hati2 lain kali tapi ye la susah juga nak pastikan makanan yg elok atau yg dh lama..

msredcheesecake said...

soya macam susu gak cepat dan senang rosak....kena hati2 beli soya...

Syazwan Che Deraman said...

soya senang basi kan kak?

semoga cepat sembuh, tiada apa yang teruk dan bertambah baik :)

Niena Muhammad said...

Sg Isap? erm... xrajin sapa lagi tu tapi rajin ddengar la hehe... buleh bwk gi jln2 hehe... tp keta nina kecik jah hehe

eelobor said...

ada keluar paper hari ni kes keracunan makanan kan?

KakD said...

isssh mintak dijauhkan la dari segala kemudaratan yang cenggitu yek. Tapi tu la kite mane la tau kan makanan tu dah tercemar.

Harap2 KH cepat sembuh yea.

Unknown said...

la kak..tkut jgk kan skg ni..tgk dalam paper tu..budak tu makan apa tah kt bazar..adoi..tkut2

aizamia3 said...

malam tadi ada dengar keracunan makanan hingga menyebabkan kematian tapi tak sure area yang tepat..

risau juga sebab weekdays memang akan membeli di bazaar sebab memang tak sempat nak masak kat rumah..

shahrilhakime said...

awok gahse memang cik Kalamhati kene keracunan makanan....sebabnye yang menjuei tu mesti masak daghi pagi..... dan mase juei tu pulak...ghamei yang sentoh.....haghoih le ade makanan yang udah tecemar......

P/S: kesian awok pade budak yang meninggei pasei keracunan makanan kelmarin...