Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, August 25, 2011

Iktibar Daripada Kisah Sebatang Pensel...


Salam 'alaikum..
Petang semalam KH duk baca2 majalah Solusi, ada kisah tentang Sebatang Pensel ni. Amat menarik untuk dijadikan iktibar bersama. So KH google kot2 ada kat memana yang boleh dishare dengan kawan2 yg lain. Sangat menarik dan buat kita rasa motivated untuk jadi manusia yang baik.. 
Alhamdulillah banyak blog yang pernah post pasal kisah pensel ni, namun dengan olahan cerita yang pelbagai. So KH amik dari satu blog ni sebab kisah dia lebih ringkas dan padat.
************




Seorang lelaki merenung sebatang pensel yang baru dibuatnya. Cantik, lebih cantik, lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa.
Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke dalam kotak,lelaki berkenaan berkata: 
“Ada 5 perkara yang perlu engkau ketahui sebelum kumasukkan engkau ke dalam dunia barumu ini. Engkau perlu ingat semua perkara ini supaya engkau menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa:-
1) Kau boleh menulis banyak perkara hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau membenarkan dirimu dipegang oleh seseorang.
2) Kau akan mengalami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang baik.
3) Kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.
4) Benda yang paling berharga padamu berada dalam tubuhmu.
5) Tidak kira di atas apa permukaan apa kau diguanakan, kau mesti tinggalkan bekasmu. Walau dalam apa sekalipun, engkau mesti terus menulis.
Jika ini semua kau patuhi, engkau pasti akan menjadi sebatang pensel yang terbaik.”

Iktibar yang dapat kita ambil dari kisah pensel ni
Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita. Ingat kelima-lima perkara penting itu dan kita kan menjadi manusia hebat sepanjang masa.
Pertama : kita boleh lakukan banyak perkara yang hebat, dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Ilahi. Dalam masa yang lain, izinkan manusia lain memandu kita mencapai impian hidup dan melakukan yang terbaik.
Kedua : kita akan menderita ‘ditajamkan’ dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan. Biarpun sakit, tapi kita amat memrlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal,gigih serta berfikiran tajam.
Ketiga : kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.
Keempat : bahagian yang paling berharga berada dalam tubuh kita.
Kelima : dan yang paling penting, tidak kira di atas permukaan apa kita melangkah, kita mesti meninggalkan bekas. Tidak kira bagaimana situasi melanda, terus laksanakan tugas yang diamanahkan dengan secemerlang yang boleh.
(Sumber: SINI)
KH: Semoga kisah ini dapat jadi inspirasi dan motivasi kepada kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.. Di mata manusia dan juga di sisi Allah Ta'ala..

Wallahu a'lam...

9 comments:

Lina said...

satu kisah yg boleh memberikan inspirasi kpd kita...walaupun hanya sebatang pensel tp sebenarnya byk sumbangan yg boleh diberikan

Rozita said...

ingatkan akak nak tulis pasal cerpen sebatang pensel.. dulu sy minat cerpen tu.. baca berkali2 dan nangis pun berkali2.. sgt menginsafkan...

terima kasih kak entry yg hebat!

Kakkoii said...

terbaek!
2 thumbs up!

memang bagi kesedaran kisah ni.
Thx for sharing

eelobor said...

terbaekkkk la akak. memang menarik

Kancil 8349 said...

info yang menarik memberi kesedaran kepada setiap pemegangnya..terbaik

Niena Pengembara Ilahi said...

erm... bnyak ikhtibar dpt kt sini

Niena Pengembara Ilahi said...

pssttt kak wan.. come follower tu... 1234 :)

Iffah Afeefah said...

nak jd pensel yeyeh

IMANSHAH said...

betul, saya pun pernah post entri ni..bila kelik??