Salam 'alaikum.. Untuk renungan bersama
Manusia dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:
Hidup demi dunia semata-mata
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan." (Surah al-An'am 6:29)
Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.
Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun...
Mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan 'di sana'. Mereka selamba bersukaria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.
Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat
Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah al-an'am 6:32)
Di mana agaknya kita?
**Dipetik dari Majalah Solusi, Isu No. 33
2 comments:
salam perkenalan....moga kita menjadi manusia yg diredhai Allah, amin...ade masa jenguk2lah blog akak yer...ade kain pasang utk dibeli disane...mekasih....
itu lah selalu nya manusia... sentiasa menghalalkan cara walaupun dah terang2 tau perkara tu di tegah dalam agama.. yg di suruh liat pulak nk buat...
-Yok mampir diluk = ”siapa mak ayah saya”...
Post a Comment