Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, July 3, 2011

PERGI TAK KEMBALI..

Salam 'alaikum...

(credits to Google)


Ni bukan nak citer pasal nasyid Rabbani tu.. Nak cerita pasal dunia blogging.. Macam pandai sangat!hehe buat2 pandai la kan..

Sebenarnya lama dah idea ni terperap dalam pala otak ni..tapi tak keluar-keluar.. Asal tengok je blog-blog best yang kerap dikunjungi ramai pembaca setia..Mesti rasa gatal tangan nak mengetuk kibod citer pasal ni..

Berapa banyak blog yang korang follow, then lepas tu korang akan kembali jenguk balik blog tersebut?hehe kalau tanya KH..KH jawab ada la dalam 20 blog je yang KH jenguk balik.. Dan kadang2 tu jenguk balik bila tengok nickname yang familiar kat Shoutbox blog mana2.. Maka terjejak kasihlah kembali..

Bila fikir-fikir balik..Memang bukan benda yang mudah untuk kita 'paku' perhatian pembaca untuk setia jadi pengunjung blog kita kan?..Bila tengok bloggers yang dah ada nama.. Memang selayaknya mereka dikenali dan sentiasa dikunjungi. Entry mereka sentiasa fresh..lain dari yang lain. Even kadang2 hanya entry yang simple dan santai. Tapi kita nak jugak klik n baca kan?

Ada blog yang bila kita jenguk..Baru dia nak jenguk kita pun ada..Dan ada juga blog yang kita jenguk..dia tak jenguk-jenguk kita pun ada. KH pun kalau bz sangat memang tak sempat jenguk. Kalau sempat pun biasanya akan jadi silent reader..Tu je yg termampu utk balas kunjungan kawan-kawan.

Macamana nak tarik pembaca agar bila dia keluar dari pintu rumah kita..Sok lusa dia akan datang balik? KH pun takde jawapan yang tepat.. 

Dari observation KH, blog2 yang kerap dilawati dan org minat nak masuk adalah blog2 yang happening dengan cerita2 kehidupan seharian dia. Yang banyak cerita tentang tempat2 menarik yg dilawati..tempat2 makan menarik yang dikunjungi. 

Serius cakap, KH sendiri sangat suka baca blog2 yg duk tayang gambar dorang keluar makan ke tempat2 yg best..Pergi holiday ke mana saja..Memang suka sangat!!hehe

Satu lagi, KH suka tengok cara penulisan. Ramai blogger yang ada bakat dan ilmu yang luas dlm penulisan. Cara olahan ayat tu pun dah tahu dia seorang yg bijak dan berfikiran jauh. Tak mcm blog ku inilah..Ayat tunggang terbalik!hehe

Dan ada blog yang suka dikunjungi hanya kerana tuan punya blog kiut, cun, macho n encem..hehe kalu tengok kepada penulisan biasa2 mcm blog lain juga. Tapi ada 'tarikan' di situ..

Conclusion yang paling tepat adalah kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan.. Kalu dah dalam sehari hanya satu dua entry je yang KH mampu buat. BW pun tersengguk-sengguk..tu pun kadang2 cilok sambil buat keje kat umah. Memang la orang takkan kenal dan ingat siapa kita kan? Melainkan member2 yg dah biasa kunjungi kita dan yg kita biasa jenguk dorang..

Apa2pun, blogging la apa saja dengan ikhlas. Jangan sentuh sensiviti orang lain sudah. Jika content entry kita menarik, insyaAllah ramai akan suka..ye dak?

"Jauh berjalan..luas pandangan..ramai kawan"..peace!!

Kalau setuju reply kat komen..kalau tak setuju pun reply jugakkk!!hahaha

---------------------------
Autopublish ni...KH ada jamuan perpisahan kat Restoran New Horizon. Sesi menternak lemak!!ekeke

8 comments:

sarah-najwan said...

aloh la. tok igt berapo blog ambo folo..byk kot..sesuai dgn folower ambo skrg..

serius bgtau..ambo pegi msuk blog yg rajin masuk blog ambo dan yg ade dlm bloglist ambo..tok byk dale 40 ajo kot..ehehe

jadi ambo jago hok rajin mari blog ambo as a loyal readers..spekang pulok doh..hhee..so timbal balik ambo akn gi sokmo blog itu..termasuklah blog demo walaupun demo skrg tgh sesi ternak lemok kat horizon tu..jeles ambo..

byk la tu gmbr makanan nati msuk blog...wahahahahaha..tepek jgn tok tepek..hehee

Dekcik said...

dekcik ske letak pic gak..hehe..jenguk lah blog dekcik..

kokser kokdam said...

blog kamoo pon ok..
like!
=D


eh, word verification tu, rase2 bek buang.. kasi mudah nk komen2

=D

Sunah Sakura said...

saya pulak kalo nak harapkan saya jenguk semua blog dari dashboard memang tak boleh kak... dashboard saya da rosak, da hang sejak dulu..mungkin sebab da follow terlalu banyak blog.. sebab tu saya akan usaha jejak balik blog pembaca yang tinggalkan jejak kat komen... dan blog2 yang update kat bloglist... kadang2 rasa bersalah juga pada yang lain yang saya follow tapi saya tak jenguk blog mereka..

Sharinginfoz said...

bagi yang penting blogging sebab kita suka, share le apa-apa yang kita rasa orang nak tahu dan manfaat

kurus said...

sama2 kita rajin2kan diri berBW beb .. ekekek sebenarnya blogging nie best .. x mcm berFB .. sia2 .. x der ape2 yg dpt infoo baru pun x der .. duk ashik cite hal sendiri , last2 ada yg terasa ati .. semata nak cari kawan lama hermmm x best ! :))

follower .. mana yg sudi folo tuu taksih ..nak jenggah balik ?? ermm ieda nie same je konsep mcm kak zia .. lawat mana yg rajin lawat kita .. tu pun dah memadai kan :))

teratai said...

follow tu mmg byk, terutama yg suruh follow tu (org ajak, terima je) tapi nak gi jenguk sokmo tu rasanya x mampu. So jengok blog yg isu2nya menarik spt blog KH ni (puji ikhlas tu..he,he..),blog segala ceritera dan adalah 2 - 3 blog lg! ataupun blog cikgu2 geografi spt blog cgu CTE utk berkongsi ilmu:)

Scha406 said...

stuju! ekeke.....