Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, July 17, 2011

DERHAKA..

Salam 'alaikum..

Mengapa tegar hatimu wahai anak
Membiarkan wajah tua itu bersedih
Dengan kata tajam menghiris jiwa
Lalu gugur mutiara jernih di pipi tuanya..

Mengapa tegar hatimu wahai anak
Membuang mereka jauh darimu
Sedangkan Allah telah wahyukan
Supaya mereka ini wajib disayangi..

Mengapa tegar hatimu wahai anak
Tangan tua yang memanusiakanmu
Tidak pernah kau cium dan belai
Setelah kau kenali dunia fanamu..

Usah kau cari berkat hidupmu
Wahai anak derhaka
Tiada tempatmu di sisi Penciptamu
Sebelum kau sujud di kaki keduanya..

Usah kau dambakan syurga Ilahi
Andai kau belum mampu
Menyapu airmata yang gugur
Membelai tangan yang uzur..

Wahai anak
Jasa mereka tiada nilai
Takkan mampu kau beli
Walau harta setinggi gunung
Seluas lautan biru..

Hanya doamu..
Amalmu..
Budi pekertimu..
Penawar hati mereka..

Insaflah wahai anak-anak
Yang DERHAKA..



Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” 
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654


**Hanya luahan hati seorang anak. Yang melihat betapa ramainya anak-anak yang masih lagi berkasar dan tidak menghormati ibu dan bapa. Di mana nilai kasih seorang anak? Belajar setinggi langit pun, namun akhlak masih di bawah tapak kaki..Ibu bapa kita harta paling berharga yang kita ada. Tiada galang gantinya. 



17 comments:

Niena Muhammad said...

kekadang nina takut... takut kalau2 tgh taat tpi dlm masa yg sama jdi derhaka, xkira pda ibu atau Allah ... erm..

Lydia Miza said...

kadang2 saya takut sis.takut terkasar berbicara dgn bonda.huhu

Kalamhati said...

>>Niena:
hmm btul tu niena..tp at least kita cepat sedar ksalahan kita

Kalamhati said...

>>LM:
adik, kita semua tak lepas dr buat salah..yg penting kita sedar kesalahan kita.

akak pun takut jugak, ada masanya kita tak sabar dgn kerenah org tuaa kan..tp kita kena sabar jugak cecemana pun

Qaseh Dalia said...

huhu kdg ada gak terkasar bahasa .. ter tak melakukan apa yg mak suruh .. huhu pastu sedar balik..

Kalamhati said...

>>Qaseh:
huhu kita org muda mmg cepat sikit nk melawan ckp kan..tp bagus kalau kita cepat sedar..huhu

yg buat mak ayah lebih teruk..smpi sumpah seranah tu yg sedihnya..

sarah-najwan said...

kdg2 kita xperasan..tingkah laku dan tutur kata kita buat hati tua terasa...padahal bg kita itu hal yg biasa..mohon maaflah selalu..xkira masa dan ketika..bukan hanya hari raya shj..

semoga kita semua dipelihara daripada menjadi anak derhaka..tak bau pun syurga..usahkan nk masuk..

Unknown said...

sangat2 menyentuh kalbu hasil indah puisi kak yati..

cikgu........
ayu pun kadangakal risau jika ibu ayu ada tersalah sangka atau terasa hati bila ayu berbual denganya

syurga dibawah telapak kaki ibu.
ayah juga tiada galang ganti..

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu...mmg slalu berhati2 bila berckp dgn mak & ayah...

masih takut jgak kalu ada terkasar

msredcheesecake said...

Cik kh,
Msred selalu berusaha tamau jadi anak derhaka.walau pun msred tak sealim org lain, msred paling tak suka buat mak menangis...

Jemput join segmen, tengs....

http://msredcheesecake.blogspot.com/2011/07/segmen-msred-my-favorite-photo-and-why.html

cik sakura said...

dah buat mama menangis pun rasa diri bersalah sangat..walaupun bukan cik sakura yang melukakan mama..namun tetap rasa bersalah yang teramat sangat..derhaka kah diri ini..semoga mama ampunkan cik sakura..

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Cikgu, harap2 akak tak tertembung dgn anak derhaka...cisss!

ariana said...

Moga Allah rahmati anak2 ku dan jadikannya anak yg solehah..

IMANSHAH said...

smg allah bukakan pintu hatinya

Niena Muhammad said...

ye.. erm.. timo kasihhhh hehe

Syazwan Che Deraman said...

bila umi marah..jadi tak senang :(

ZaraZueyin said...

insyaAllah semoga x jadi begitu