Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, July 5, 2011

CETUSAN HATI SEORANG SAHABAT KEPADA SAHABAT: DIA HANYA PINJAMAN

“Wahai Allah Ya Tuhan kami,
Kau Yang Maha Mendengar, Kau Yang Melihat,
Kau Yang Maha Pemaaf, Padamu hati bertaubat.

Kau Yang Maha Pengasih, Kau yang Maha Penyayang,
Kau Yang Maha Pelindung , PadaMu semua bergantung

Yang dicintakan pergi, yang didambakan hilang
Hidup kan terus berjalan, Meski penuh dengan tangisan...”





Cuaca pagi yang redup itu menambahkan lagi keheningan di kediaman ibu ahli syurga itu. Suasana muram dan sedih menyelubungi suasana, menyambut kedatangan kami, yang antara terawal hadir. Masuk ke ruang rumah, saya melihat ibu ahli syurga itu termenung. Sarat wajahnya dengan kepedihan. Saat menyalami ibu ahli syurga itu dan mata kami bersatu, pecah empangan air mata kami di dalam dakapan yang erat. Saya memeluknya kemas dan merasakan kesedihan yang sedang meruntun jiwanya.

“Sabar ya...” hanya itu yang mampu saya ucapkan kepadanya. Sungguh saya tidak mampu berkata-kata. Saya juga seorang ibu muda seperti dia. Semasa kehamilan saya sampai ke bulan-bulan terakhir, dia sedang kemabukan. Saya melahirkan buah hati saya yang bungsu itu, dia sudah hamil besar dan baru mengetahui bahawa anak di dalam kandungan itu adalah putra yang ditunggu-tunggu.Ketika saya berbahagia dengan buah hati saya yang kini hampir mencecah 6 bulan, buah hatinya dipanggil kembali oleh Yang Maha Pencipta. Innalillahi inna ilahi rajiun...

Usai melepaskan pelukan itu, saya menatap wajah ahli syurga itu. Wajahnya bersih dan kelihatan seperti sedang nyenyak tidur. Saya menciumnya. Lembut dan dingin sekali wajah ahli syurga itu. Saya tahan air mata yang mahu pecah lagi dari empangannya. Ia akhirnya jatuh keguguran lagi ketika saya mengalunkan surah Yassin di hadapan ahli syurga itu. Betapa di pelupuk mata saya membayangkan, bagaimana seandainya saya yang berada di tempat ibu ahli syurga itu...

Selepas Yassin dibaca, saya menghampiri ibu ahli syurga itu. Dia bercerita apa yang terjadi petang Sabtu itu.

Baca seterusnya DI SINI ...


Luluh hati ni, tho KH belum diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Dapat rasa betapa beratnya dugaan yang ditanggung. Jika diri kita diuji dengan ujian sebegini..Mampukah kita?

Ya..Perlu bersangka baik dengan Allah. Jangan hanya kerana sedikit ujian dan musibah yang Allah turunkan kepada kita. Kita lupa nikmat dan kurniaan Allah yang melimpah ruah kepada kita. Yang tak mampu di hitung oleh kita.

Satu lagi luahan hati sahabat KH yang patut kalian baca dan hayati di SINI.. Sesungguhnya ukhwah fillah akan kekal dan teman yang baik akan sentiasa ingat dan mendoakan kita di setiap doanya..

**Salam takziah buat ukhti Fadhlina bt Sidek dan Fadzli Arsad atas pemergian putera tunggal mereka Mohd Fadhil Amin. Di pinjamkan Allah hanya untuk 50 hari kemudian diambil kembali. Semoga mereka tabah dan redha melepaskan ahli syurga Allah ini, yang akan menanti ibu dan ayahnya di pintu syurga kelak..InsyaAllah

12 comments:

muz said...

semoga orang tuanya tabah dan merelakan pemergian putera syurga itu...

sha a.s said...

kak, setiap yg blaku pasti ade hikmah disebaliknya...mgkin kite x tau, tp Dia Maha Mengetahui......takziah utk kluarga beliau...

Sunah Sakura said...

sedihnya... moga ibu ahli syurga itu tabah menghadapi ujian Allah...

eintan nurfuzie said...

http://nurfuzie.blogspot.com/2011/07/bloglist-pencarian-cik-en-dan-blog.html
jom join bloglist cik en

nuratikahseman said...

semoga amin menanti mama dan abah di syurga abadi ;-)
al fatihah..sgt sedih memikirkan kehilangan anak tersayang.

gedek! said...

Alamak... ada 'baca seretusnya' la pulak...

OK... sambong malam nanti...

MAPPIAU said...

Al-Fatihah..

*sedang sebak*

♥MAMASYAZA♥ said...

akak penah kehilangan baby no 2, meninggal dalam perut, terbelit tali pusat, mmg sedih

Citarasa Rinduan said...

memang sesiapa pun yang bergelar ibu..
pasti merasai kesedihan dan kehilangan..

akan timbul rasa sedih yang membekas..
semoga diberi kekuatan utk fadhlina atas kehilangan anak lelakinya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takziah buat mereka sekeluarga...

eelobor said...

saya tok leh la baca cerita2 gini. walaupun lelaki, tapi mudoh tersentuh.

♥cmª shIemª♥ said...

sebaknya...
tidak terkata...