Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, June 10, 2011

ROH HARUM DAN ROH BUSUK

Salam 'alaikum..cepat je waktu berjalan...Dah hari Jumaat dah hari ni..Lagi 4 hari mak KH akan kembali dari menunaikan umrah..Tak sabar nak jumpa dia..

Sempena hari Jumaat ni iaitu penghulu segala hari..Jom kita kongsi tazkirah yang bermanfaat..InsyaAllah..=)


Hadith:
DARI Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit."
Kata Hammad : "Kerana baunya harum seperti kasturi."
Kata penduduk langit: "Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ˜alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam."
Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.
Kemudian Allah berfirman: "Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
Kata Abu Hurairah selanjutnya: "Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya “ kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi."
Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
Riwayat Muslim

Huraian Hadith:
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman.
Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya: "Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50).
Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat.
Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini.
Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.
**Sumber: mStar Online

25 comments:

kurus said...

huhuhu sgt2 menginsafkan beb ..

eelobor said...

thanx...

Scha406 said...

tq for sharing this....sgt bguna...

☾SHiemaCMa786☾ said...

macih for sharing maring..

Unknown said...

thanks 4 sharing :)

btw bestnye mak dia dh g umrah..hope my turn plak xlame lg hehehe

Unknown said...

thanks 4 sharing :)

btw bestnye mak dia dh g umrah..hope my turn plak xlame lg hehehe

♥ Princess ♥ said...

semoga kita semua mati dlm husnul khatimah ;)

azieazah said...

Terimakasih berpesan-pesan...


Aku Teringin Nak Join Rewang...

1 said...

trm ksh byk2 dgn [erkongsian ini..:)

Lelord said...

suka entri ni..tq

Cik Puan Kocik said...

terima kasih share...

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq for sharing kak...

jadi kalu bau harum kat kubur jangan lari sebab tu bau bunga melur..heheh

nuriz said...

selalu lah ingat akan kematian..

Kalamhati said...

>>ieda:
huhu sy eksaited nak share kt sini sbb rasa ramai yg blum tau tentang keadaan roh kita selepas mati kan..

Kalamhati said...

>>eelobor:
samo2..=)

Kalamhati said...

>>Sha:
no problem sha..share sumting yg berguna utk semua..=)

Kalamhati said...

>>Cma:
sama2 cma..sharinh maring is caring maring..=)

Kalamhati said...

>>Cik Amy:
welkam..=)

insyaAllah tak lama lg turn cik amy lak..=)

Kalamhati said...

>>Princess:
insyaAllah..sama2 kita perbanyakkan amalan kita..dan tak penah penat utk memohon ampun dr Allah..

Kalamhati said...

>>Kak AA:
sama2 kak..hanya memanjangkan ilmu yg sy rasa berguna..=)

Kalamhati said...

>>Jahidih:
sama2 bro..=)

Kalamhati said...

>>Lelord:
sama2..=)

Kalamhati said...

<<Cik Kamoo:
sama2 cik kamoo..=)

Kalamhati said...

>>Awe:
sama2 awe..hehe kalu dulu2 bau je wangi dr arah kubur mesti bertempiaran lari..

Kalamhati said...

>>nuriz:
betul tu..ingat sakit..ingat mati..ingat Allah