Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, May 21, 2011

TERKINI: TRAGEDI TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA, HULU LANGAT

KAJANG: Tiga kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Manakala enam orang kanak-kanak berjaya diselamatkan, setakat pukul 6.30 petang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 24 mangsa masih terperangkap sehingga pukul 6.20 petang.
Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.
Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku.
Al-Fatihah buat anak2 yatim yang terkorban..Sama2 kita doakan semoga usaha mencari mereka yang tertimbus dipermudahkan Allah Taala..hmm sesungguhnya Allah berkuasa atas segalanya..Kun Fa Yakuun..

11 comments:

Unknown said...

ambil iktibar dari apa yang berlaku =(.Sesungguhya yang berkuasa itu hanyalah Allah SWT

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
♥MAMASYAZA♥ said...

alfatihah utk yg terkorban

Unknown said...

Al-Fatihah..

Allah lebih menyayangi mereka..:(

Unknown said...

al fatihah atas arwah kanak2 tersebut dan salam takziah utk ahli keluarga mangsa.

pasti mereka terasa sebab mangsa anak2 yatim

Tinta Emas said...

hari ni tak bukak tv tapi memang terharu dan sedih bila baca tentang berita ini...

sarah-najwan said...

al fatihah utk semua yg terkorban..

Unknown said...

moga mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

SRenungan said...

al-fatihah ke atas arwah yang telah kembali..
kepada yang masih hidup, diharab tabah dengan kejadian ini..
semoga mereka sentiasa dipermudahkan..

chichi said...

al fatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat..

~izan~ said...

kesian kan kak..tp masa tgk 360 ari tu,ada jugak mak ayah pelajar terkorban tu, last jumpa anak dia time raya thn lps.padahal duduk dekat je..knp la ek.. ape2 pun al-fatihah untuk mereka semua...