Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, May 24, 2011

PATUT LA TAK UPDATE BLOG..BUSY JADI CHEF RUPANYA..HAHA



Alasan je tuu...hehe padahal jadi chef bidang terjun je..Balik sekolah tadi, terus pegi umah mak member. Member tu takde sebab kena pegi kursus di Temerloh dari Isnin sampai Jumaat ni..

So KH kesian kat mak member tu masak sorang-sorang. Makanya ku membantu mana-mana yang termampu. Mak member ni biasanya pada tiap2 hari Selasa dan Jumaat, dia akan bersedekah ke surau dengan menyediakan hidangan untuk jemaah yang datang mendengar kuliah Maghrib.

Dan setiap Selasa atau Jumaat, jika free KH akan tolong dia masak. Hari ni, menu kitorang ialah paprik ayam.. KH main campak-campak je. Biasa masak sikit je. Ni nak kena masak untuk 30 orang. Gelabah la jugak. Tapi alhamdulillah selesai gak masak. Sedap tak sedap tu dorang kena makan gak!hahaha

Sebelum ni, KH ajar mak member tu buat kerutuk daging dan solok lada. Lepas ni mak member tu cadang nak buat nasi kerabu atau nasi dagang lak..Huik! ku tak pernah buat untuk makan seramai tu..gelabah mak!

Teringin nak makan ayam percik(tetiba je..). Tapi balik kampung cuti sekolah nanti mak KH takde. Pergi menunaikan umrah..Huwaaa..tak bestnya cuti ni. Takde orang tua kat umah..tak dapat la nak ngengada request makanan yang teringin nak makan..huhu


19 comments:

sarah-najwan said...

aloh..banyoknya paprik..napok mace sedak..rase ambo xtau la..hehe

alos..percik tu buat sdiri ajo..demo wat byk2..nati ambo gi makke umoh demo..hehe..ambo bukit bungo jah..

Unknown said...

nak rasa air tangan cikgu!!!

Unknown said...

assalam KH wahhh rajinnya dia...ringan tulang ni...banyak paprik tu..sedapnya..:)

Izan Ishak said...

aloooo...sume sedap tu. paprik lagi...solok lada lagi... ayam percik? nak jugak~

safurara said...

wahhhhhhhhhhhhh beshnya...sedapnya nmpk.rasa lapar lak.nt leh jd chef terjun kat kenduri rara lak eh.

Anonymous said...

Kecur air liur nengoknya.

Unknown said...

sedapnya ..terliur tgk.huhu

نورعيم said...

sedapnya! solok lada lg sedap!!!!!!

eelobor said...

huhuhu.....terer belako dio nih. blogging bulis, photographer bulis, chef bulis....mace2 nah dio bulis buat. huhuhu....kakchik BOLEH

Nur Hawa Mohd Zin said...

ada kenduri ke kak? paprik sedap kan..suka

☾SHiemaCMa786☾ said...

byk nye masak..
paprik tu..
nyum2..
bole jadi cep la kak kh..

shahrilhakime said...

padanle lame KH tak update blog ....ghupenye udah jadi chef... habeh le...lepaih ni blog tak berupdate le lepaih ni....

whitecappuccino said...

rajin betul la..cepat2 sapo nak wat natu boleh book hehe..

sud@is said...

wah untuk KH ada mak member yang boleh jadi mcm mak angkat....sonang la itu

kurus said...

wah2 beb .. pandai masak nie .. x sangka wan pandai masak .. teruja ieda tgk .. lepas nie leh lah masak sedap2 bila gather2 nanti :)

munna said...

dalam kuali pun dah nampak sedap.. belum makan lagi ni...

Unknown said...

wah kak! terer ah!

IMANSHAH said...

selamat bercuti

tak kelik ko

~izan~ said...

mak aihh byknyer..baru sempat g rumah akak ni ;D

akak masak2 la nnt izan g mkn,dekat je ni hehe