Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, May 21, 2011

KHABAR TERKINI KESIHATAN TUN DR MAHATHIR..





KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata Pegawai Khasnya Sufi Yusoff.
Bekas Perdana Menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan, menurut Sufi.
"Dr Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu. Sufi berkata bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat sahaja.
Sementara itu, beliau berkata Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.
Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lepas kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.
KH: Sama-sama kita doakan agar kesihatan Tun bertambah baik. 

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, semoga cepat sembuh =)

Ann Ishak said...

semoga Tun cepat sembuh seperti biasa