Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, May 21, 2011

HARGA BARU RON95 AWAL BULAN DEPAN...

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.
"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.
Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini.

Justeru itu, kerajaan akan mengkaji semula harga pasaran minyak dunia setiap enam bulan agar tanggungan subsidi minyak dapat dikurangkan.
"Kajian semula untuk harga petrol RON 95 dibuat pada Disember tahun lepas. Jadi semakan terbaru akan dilakukan hujung bulan ini atau awal Jun," jelasnya.
Ismail Sabri berkata, semakan setiap enam bulan itu bukan dilakukan untuk membatalkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi mahu mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan secara berperingkat-peringkat.
"Kita mesti lihat perkembangan yang berlaku di dunia pada ketika ini. Harga barang tidak akan kekal sepanjang masa," katanya.
Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.
Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama pasar raya, syarikat minyak dan persatuan hotel untuk membantu sektor koperasi memperluaskan pasaran produk keluaran mereka.
Katanya, pemasaran produk keluaran 35 buah koperasi terpilih dapat meningkatkan lagi peratusan penyenaraian tetap produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih berada pada tahap kurang memuaskan.
Beliau turut berharap pihak hotel dan syarikat minyak mengecualikan caj penyenaraian tetap kepada PKS untuk disenarai tetap di premis masing-masing.
"Bersesuaian dengan program itu, kementerian mensasarkan sumbangan koperasi terhadap Keluaran Dalam Kasar Negara akan dapat ditingkatkan kepada RM10 bilion menjelang 2013," katanya.
Untuk merealisasikan sasaran itu, beliau berkata Malaysia akan menjalin kerjasama dengan koperasi di Singapura bulan depan selain menggalakkan koperasi kecil bergabung untuk menjalankan perniagaan berskala besar.
**Lama-lama rakyat yg bankrap..huhu..naper bandingkan dengan Indonesia ek?Kita negara membangun..mereka sedang membangun..Bukan entry menghentam ni..hehe hanya suara hati dari seorang rakyat Malaysia..Yang gajinya hanya naik 80 hengget ke 100 hengget setahun..

Bila minyak naik..kuih kat kedai pun naik..Walhal gula naik 20sen untuk sekilo..makcik2 jual kuih naikkan 10 sen utk sebiji kuih..hehe bankrap2..

10 comments:

sarah-najwan said...

lol..aritu minyak 97 naik..jd sekor kuda putih ambo tu balik semula ko 95..tapi hak ni pun nok naik gak..adoiiiiiiii....

nek basikal lah gi skoloh...
wat jame kito skoloh dolo2..wahahaaa

Scha406 said...

haah la....betul tu....x agak2 harga naik mncanak2....

kurus said...

huwaaaaaaa mencik2 ! org susah bertambah susah mcm ieda nie huhuhu

Solihin Zubir said...

nk banding dgn indon? adesss....

minyak naik, kita naik minyak.. hehe..

~izan~ said...

naik jgn tak naik! sbr je la..semua nak naik sikit2.kita nie pakat2 naik kaki la nampaknyer hukhukhuk

Kalamhati said...

>>ummi sarah-najwan:
hehe alamatnye gitu la gamoknyo..pahni ghama2 pakat gi beli basikal..hahaha

Kalamhati said...

>>sha:
huhu lama2 kita naik minyak lak..haha

Kalamhati said...

>>ieda:
huhu sama la kita ieda..yg sara diri sendiri ni pun terasa jugak..

Kalamhati said...

>>Solihin:
huhu kalu banding ngan negara membangun gak ok la..

hehe kalu kita naik minyak susah nnt...jd org minyak lak kang..hahaha

Kalamhati said...

>>izan:
huhu naya kalu kena naik kaki..
hope lepas revise nnt tak jd naik la..sian kita