Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU!

Segmen menarik nih!hehe..sebab diriku cikgu, jadi nak ler menjoinkan diri..dah lama tak join segmen Ben buat..tak sempat..huhu so hari ni ada peluang..jangan dilepaskan..korang pun meh ler join sama!!

Syarat-syarat dia cem biasa..kena letak header blog Ben Ashaari


Dimanakah anda belajar dulu .. sekolah rendah , menengah kemudian menyambungkan pelajaran di ... Tahun jangan lupa yer ..

Sekolah rendah KH belajar kat Sek Keb Kampung Laut (1983 kalu tak silap)..kemudian tahun 1989-1995 sambung belajar di Sek. Men Agama Tumpat (sekarang ditukar nama kepada Maahad Muhammadi Tumpat)..kendiannya mendapat peluang menyambung study di UIAM dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan tahun 1995-2000)..then sambung lagi study dalam bidang Educational Administration di UIAM gak


Cikgu yang anda masih ingat sampai sekarang , dan mengapa ..

Cikgu yang paling KH ingat dan masih terbayang lagi wajah dia ialah cikgu Ariffin dan cikgu Wan Fadhilah..Dua-dua merupakan cikgu masa sek rendah..KH rasa mereka ni memang cikgu yang sejati..Ada ketegasan tetapi sangat dekat di hati KH dan kawan-kawan. Ada ramai cikgu2 yg sejati sebenarnya masa sekolah dulu..tapi yg paling KH ingat mereka berdua ni la. Mereka begitu menghargai anak murid mereka. 

Cikgu Arifin ni setiap kali lepas dapat result exam..Dia akan panggil orang yang dapat top 5 ke depan kelas..Dia akan tanya apa perasaan kita..Mak dan ayah janji bagi hadiah apa?dan dia akan mintak semua murid bagi tepukan kat kita dan dia akan bagi hadiah duit.

Cikgu Wan Fadhilah lagi sporting..Apa saja usaha dan kejayaan yang kita hasilkan..dia akan hargai kita dengan bagi rewards..Ada saja hadiah yang akan kita terima walaupun hanya sebatang pensil. KH banyak dpt hadiah buku cerita daripada dia..Maybe dia tahu dah nampak kecenderungan KH dalam sastera dan bahasa kot..hehe




Ceritakan segala kenangan anda sebagai seorang guru ..


Masuk tahun ni, bermakna dah hampir 7 tahun KH menjadi seorang pendidik. Satu tempoh yang boleh dikatakan masih lagi bertatih..Belum betul2 mahir dalam bidang pendidikan ni..Masih banyak ilmu yang perlu dipenuhkan di dada ni.

Setiap hari adalah pengalaman bagi KH..Kenangan mengajar jauh di tempat orang merupakan pengalaman paling tak dapat KH lupakan. Banyak kenangan yang tercipta. Berdepan dengan kerenah murid2 yg macam2..yang paling tak dapat lupa, bila KH marah sorang murid ni tu sebab dia tak bawa buku teks..masa tu dah nampak dia wat muka ketat..

Then, masa tengah ngaja dia duk bercakap dan kacau member sebelah..Apa lagi..ku menyinga la..KH marah dia suruh dia berhenti bercakap..nak tahu apa dia buat?..Dia tendang meja sampai kena sikit kaki KH..ambuih!!makin la diriku panas..Mata dia dah macam harimau nak terkam mangsa dah tengok ke KH..

Ingat dia saja leh tendang meja??..KH pun tendang baling meja dia..then cakap "saya pun terror gak tendang meja..bukan awak sorang!"..bulat mata budak tu terkejut dengan tindakan KH..Haa baru tau cikgu dia ni brutal gak!(Tapikan sakit la gak kakikuuuu..hadoii!!)..Tapi budak tu memang diam terus tapi muka dia tetap masam (muka tak puashati)

KH maklumkan kat guru kelas dia..Cikgu tu bagitau baru semalam dia warning budak tu supaya jangan kurang ajar dengan cikgu..Dia buat balik rupanya..huhu sedih.sedih..Nak salah siapa?persoalan yang selalu diajukan kan?Jawapan dia?Sendiri jawab la..hehe

Tapi la kan..memang KH akui sangat susah nak mendidik ni..nak meng'insan'kan manusia ni bukan perkara mudah. Kena banyak sabar..Kena betulkan nawaitu..Then berserah kepada Allah..Doa pelembut hati tu toksah cakap la..Memang selalu baca..Betapa seorang guru tu nak tengok anak murid dia jadi insan berguna..Kurang pandai tu takpe la asal jangan kurang ajar..


Sekian..Di kesempatan ni, nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik. Jangan pernah lelah membekalkan anak2 didik dengan ilmu yang bermanfaat untuk masa depan mereka. Semoga segala yg kita curahan akan jadi amal jariah yang tak putus sampai ke akhirat sana..insyaAllah


8 comments:

sayangku said...

selamat hari guru :)

Gen2Merah said...

bertandang dr Blog en Ben. salam Ukhuwah .

Salam Hari Guru 2011 ye....

http://gen2merah.blogspot.com/2011/05/segmen-ben-ashaari-ucap-selamat-hari.html

solomolo said...

singgah dari segmen Abg Ben...
selamat hari sabtu !~
dan selamat hari guru

CT NoArIzAh ArIs said...

Slmat hari guru buat kamu !!

|| A Lady Named .. Yantiey || said...

Hi,Singgah dr Blog BA n Follow

http;//themptyanty.blogspot.com/

pearl jade said...

jumpa kalam hati lagi..hehe
singgah dr blog BA


Selamat hari guru: ben ashaari ucap selamat hari guru

Kalamhati said...

>>sayangku:
mekasih!!..=)

>>Gen2Merah:
tq sudi jenguk sini..selamat hari guru gak!..=)

Ann Ishak said...

Selamat hari guru KH