Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, March 25, 2011

SEPANG KEDERANG!..2 dalam 1..

Pernah dengar perkataan SEPANG KEDERANG ni?Orang-orang belah pantai timur familiar la kot dengan perkataan ni..Saya cuba google dan ada rupanya gambar dia..huhu 


(Mekasih pokcik google)

Kenapa tiba-tiba keluar perkataan Sepang Kederang ni?hehe sebab tiba-tiba teringat masa kecik-kecik dulu kalau adik-beradik Kalamhati demam, mak akan rebus akar kayu yang namanya 'Sepang Kederang' ini..bila dah rebus warna air rebusan jagi merah macam air rebina..tengok warna memang menarik..Rasa dia?hehe bagi diriku biasa je..rasa dia payau sikit..tp boleh je lalu kat tekak ni..

Masa kecik, kalau demam badan ni tak pernah ternoda dengan ubatan dari klinik mahupun hospital..kalau telan ubat hospital pun buat rugi je..Tak jalan punya..Mesti nak air rebusan Sepang Kederang ni jugak..Barulah demam tu kebah..Pelik betul kan?hehe

Sebab tu kot masa kecik, macam tomboy sikit..gagah perkasa..sebab minum tonik sepang kederang!wakekeke..tu mak yang selalu cakap..bukan diriku yang cakap tau..Kenapa dia kata diriku gagah perkasa??Ehehe sebabnya semua orang bengkerk bila diriku tutup paip air atau botol air mesti orang lain tak dapat bukak..kena panggil diriku jugak yang bukak semula..Adei tak faham btoi..rasanya takde la ku pulas ketat-ketat pun

Selalu mak cakap:'Ni mesti budak sepang kederang tu yang pulas paip'...hahaaa satu lagi kegunaan term sepang kederang ni digunakan..bukan untuk merujuk kepada akar kayu sepang kederang tu..tapi bila rasa geram atau marah kepada sesiapa..Ni orang ganu ngan Klate tau la ni...

Antara ayat yang biasa digunakan ialah:

"Sepang kederang sungguh mu nih..lama dah aku tunggu..baru sampai"

"Lain orang suruh lain dibuat..sepang kederang sungguh budak nih!"

Tu antaranya la..pe kaitan kalu nak marah atau geram dengan sepang kederang ni  taktaulah..sedap bunyi je kot..ataupun membawa maksud kayu ke apa ke taktau la..tu kena tanya orang tua-tua..

Yang muda-muda mesti tak kenal akar kayu ni kan?Kalamhati hanya tahu khasiat dia ialah akan buat demam Kalamhati kebah..hehe tapi rupanya banyak khasiat dia..boleh sembuhkan luka dalaman orang lepas bersalin dan baik untuk kesihatan jika diminum..

Nampaknya kena cari balik akar kayu ni..dekat kedai ubat cina atau singsei (betoi ke eja ni) ada jual kalau tak silap..Kalau kat Kota Bharu, kedai ubat cina yang famous ialah 'kedai cina cabang'..hehe panggil cina cabang sebab kedai dia duk dekat junction..tu je alasan dia..hehe

Korang ada tak masa kecik atau sekarang masih amalkan ubatan atau akar kayu traditional ni?

7 comments:

mommylavender said...

mommy orang perak..duk selangor memang tak penah dengar benda tu, tengok ape tah lagi~ kuat kalam ek? kalu dapat pulas peha orang(cubit) tentu bisa ni~hee

whitecappuccino said...

ciknor minum air sepang kedeghe masa ciknor dlm pantang.tapi budak2 zaman ni tak kenal pun.

ciK ogGy bLue... said...

akar goni gk pahit lepe la...

tapi meme mujarab la..
nk3 kalu hk keno deme kuning...

Kalamhati said...

>>mommy:
hehe sy cubit tak sakit..kalau lempang orang sakit kot..haha

>>Ciknor:
betul tu..ada yg dah tak kenal akar ni skang ni..nak2 generasi mudo..sy ni kiranya generasi pertengahan akhir doh..hehe

>>Cik ogGy blue:
jolo ko?akar dio ambo tok ghajin tgk lg..huhu

ciK ogGy bLue... said...

haaa..pah yah gmbr tu??
dok sedak dio spisis meme pahit r...
ingt ms kak minum mse pantang, nonye muko...huhuh

cikgu isza said...

tak pernah kenal pun..
nakk tanya mak lah..
kot2 dia tahu..

Anonymous said...

Saya ada jumpa satu website yg jual sepang kederang.

Sesiapa yg xtahu nk beli kt mana boleh beli kt website tu...

ni linkny : http://diqziz.com/herbal