Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, March 20, 2011

KETUMBIT..EH!NGINTAI ORANG EEKK?!

(sumber dari Google)

Korang pernah naik ketumbit kat mata tak?Haa bila naik ketumbit kat mata je mesti kena perli "mengintai"..huhu ada kaitan ke ataupun mitos je?..Kalamhati rasa mitos je tu..Takkan semua yang naik ketumbit tu kerja duk mengintai orang je kan..hehe 

Sebelum cuti hari tu lagi nak buat entry pasal ni, sebab ramai sangat bebudak kat sekolah kena ketumbit ni..cikgu pun ada yang kena..Ikut pengalaman Kalamhati, kalau naik ketumbit ni, seksa betul time nak tunduk atau pun nak sujud..Adoiii sakiit!berdenyut-denyut kat mata tu..

Masa Kalamhati darjah 5..hampir setiap minggu naik ketumbit kot..surut satu naik pulak satu lagi.. Sampai naik malu nak pegi sekolah. Tapi tak ponteng pun.Pegi jugak sebab suka pegi sekolah..hehehe..Kawan-kawan pun dah tak heran dah..

Ingat lagi, masa tu bila kena je ketumbit, ambik bawang sapu kat tempat naik ketumbit tu. Pedihnya ya ampun!Berjuraian airmata tahan pedih..Sampai masa dia akan kering dan pecah..huhu then tumbuh lagi yang lain..Sampailah satu hari tu..jeng jeng jeng jeng..hehe kasi suspen sikit..

Satu hari tu, kalau tak silap hari last untuk rehearsal nasyid. Ada pertandingan nasyid antara sekolah. Masa cikgu duk ukur costume kitorang tu, cikgu tu duk risau sebab mataku dah bengkak. Cemana nak bernasyid ni..huhu..Tiba-tiba masuk cikgu muzik ku, cikgu berbangsa Cina nama dia Miss Chan. Dia perasan mataku bengkak..

Dia cakap kenapa tak bagitau dia kena ketumbit..(mana la ku tau dia ada petua..hish hehe)..Dia terus suruh ku pusing belakang..Suruh ku angkat baju then ku rasa kuku dia yang tajam tu cucuk seluruh belakang ku..

Then dia bagitau 'kalau mula-mula nak naik datang jumpa cikgu..takpun mintak mak atau family cari biji macam jerawat kat belakang,picit pakai kuku..itu ibu ketumbit..kalau awak datang jumpa awal boleh surut cepat,dah besar ni susah sikit'..whaa teror cikgu ni

Boleh percaya ker petua cikgu ni?hehe..memang boleh..sebab lepas tu Kalamhati bebas dari ketumbit..tak bertenggek dah kat mata ni..Petua bangsa Cina maybe..berkesan!Dan ilmu tu ku turunkan pada sesiapa saja yang naik ketumbit ni..

Boleh la cuba..kalau tengok sesapa kena ketumbit..cari biji yang macam jerawat kat belakang dia..tekan dengan kuku sampai biji tu pecah atau ranap (ganeh ayat..hehe ranap tu loghat klate maksud sama ngan pecah)..insyaAllah ketumbit tu tak jadi naik..Tak salah mencuba kan?

Kalau nak tahu fakta tentang ketumbit boleh klik SINI..Malas nak letak panjang2 kat sini..hehe

7 comments:

Rozuan Ismail said...

orang tua kata cm tu la..hehemata kena ketumbit eyk..ayok!! x taw..huhu

eelobor said...

hahahah....rusim bena kalu naik maso2 kecik dulu. sokmo ore kato ngita ore mandi. huhuhuhu

Citarasa Rinduan said...

WAH............
macam tu ker?
SO...ala2 ada ibunya dibelakang badan kita..
nak trylah..

TQ yer

whitecappuccino said...

ok..next time kalu ado hok keno goni, nok try tengok belakeng.

Kalamhati said...

>>Rozuan:
hehe akak idak ler kena..jaz nak share pengalaman dan petua..

>>Eelobor:
hehe jolo2..kalu buleh nok nusuk tok sor wi oghe tengok..

>>Sis Ayu:
ha'ah gitula lebih kurang..bleh la cuba kalu ada sesapa yg kena..ikhtiar..=)

>>Ciknor:
kalu ado anok murid naik..buleh la try..hehe
kita ikhtiar jah..yg menyembuhkan tu Dia..=)

cikgu isza said...

ooo.. ada petua lain.. boleh cuba nanti..

Rina Rossoneri said...

ooooohhhhhh begituuuuuu
leh cuba ni...tp dah berzaman xnaik ketumbit..