Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI: TERIMA KASIH IBU!


Ok syarat pertama dah!kedua pun dah!hehe

3. Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..


Tu dia, tajuk power dari Encik Ben yang menarik jari-jemariku untuk mengetuk kibod..hehe

Bila sebut je ibu, semua akan jadi syahdu kan?Rasa kasih kepada insan yang bernama 'ibu' meresap ke seluruh tubuh..Yang membangkitkan satu semangat buat kita..Kenangan paling tak dapat Kalamhati lupa ketika bersama mak Kalamhati adalah sewaktu jaga arwah ayah..Bukan Kalamhati dengan mak saja yang berkongsi pengalaman ni malah semua adik-beradik Kalamhati. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak. Dapat jaga arwah ayah sebaiknya.

Ingat lagi, suatu hari tu arwah ayah enggan dimandikan oleh mak. Dia cakap mak tu datang nak menyusahkan dia je..huhu siap nak baling gayung air tu ke mak lagi. Kalamhati suruh mak keluar je dari bilik arwah ayah. Biar Kalamhati uruskan. Dengan orang lain arwah tak marah-marah macam dia marah mak. Dia ikut je..Mandikan dia dan pakaikan baju dan kain..

Rasanya tu kenangan yang paling tak dapat dilupakan..walaupun tu kenangan sedih tetapi itu merupakan kenangan yang tak dapat dilupakan. Mak mungkin antara ibu bertuah yang mempunyai anak-anak yang tidak bertelagah atau dengki mendengki antara satu sama lain dalam menjaga arwah ayah..tu je kot..huhu


4.  Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe...
Ibu..ibu..ibu..hehe darjat ibu 3 kali lebih tinggi dari bapa..tapi kedua-duanya mesti dihormati kan..


5. Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?
Omputih kata ''never!!"..sapa yang letak ibu atau ayah kat rumah orang tua memang tak sekolah la orang tu..nak masuk syurga ke tak?haa kang cium bau syurga pun tak dapat..huhu rugii


6. Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..
Anak-anak yang macam ni "kita bakor jeee"..err toksah la bercakaran..menangis orang tua kita di alam sana tengok anak-anak buat gitu..Dari bercakaran gitu ada baiknya buat amal jariah dari harta pusaka tu..dapat juga kirim pahala untuk mereka..

Sama-sama kita berbuat baik kepada kedua orang tua kita ye..sebelum Allah ambil mereka dari sisi kita untuk selamanya..Biar pergi mereka dalam keadaan tenang..

12 comments:

whitecappuccino said...

uhuhu..samo lah kito..takdok ayoh doh..

Kalamhati said...

>>Ciknor:
anak yatim kita ni...huhu

mommylavender said...

tu petanda nak berpisah kaseh...ayah mommy pun gitu dgn emak mommy...die nak anaknya ajer yg jage die.mommy dua2 dah tak ade....alfatihah untuk semua aruah~aminnnn.

Kalamhati said...

betul gak kata mommy tu..petanda nk berpisah kasih..huhu

al-fatihah...amin

IMANSHAH said...

teringat ko mok ambo,, sama2 tanam tembakau

Kalamhati said...

>>Imanshah:
huhu ambo samo2 kaca dodol nga mok..huhu

cikgu isza said...

kita sayang mak kita juga..

Ayuni said...

syg mak...

♕ Mr.IX ♂ said...

dgr la ckp ibu..naluri ibu tu kuar...huhuh..

mas saari said...

salam singgah n follow!
memang sedih bila bercerita pasal ibu jadi hargailah ibu anda selagi mereka masih ada...

fRaMe+LenSeS said...

Assalamualaikum.. ibu kamu terbaik, sama sepertimana Mama Nadh, terbaik buat Nadh.. kita sama2 pastikan, kita jugak jadi anak yang baik, yang soleh buat mereka, dan masa depan, kita ibu bapa contoh buat anak2 kita ya.. ;)

Azza Firza said...

aah, bako je, macam ah kan harta tu leh bawak ke mati, hohh, apa apa pun, sempoii, visit me too ya :

oh ibu ! aku sayang padamu ! =)