Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, March 27, 2011

JANGAN LA SOMBONG!

Bukan korang yang sombong..hehe

Nak cerita perihal guru pelatih yang datang buat ROS (Rancangan Orientasi Sekolah) minggu lepas..Mula-mula tu Kalamhati hanya dengar rungutan beberapa orang guru saja.Dorang duk bersungut mereka tu langsung tak menegur or senyum terutama pelatih yang lelaki.Kalamhati belum jumpa lagi mereka.Hanya jumpa waktu assembly je, mereka dipanggil ke depan untuk sesi suaikenal..

Then, Kalamhati terpkasa mengiakan..bilamana one day tu Kalamhati masuk ke bilik operasi peperiksaan di mana mereka ini ditempatkan..Ada 5 orang lelaki dan sorang perempuan..Yang perempuan sorang denga nsorang lagi pelatih lelaki tengok la jugak dan senyum..Yang lain-lain tu buat bo*doh je macam takde orang je kat dalam bilik tu..

Masa Kalamhati tu print analisis peperiksaan siap boleh buka lagu dan sumbat earphone kat telinga sambil angguk2 kepala dan ketuk meja lagi layan lagu..Hellooo!awak kat mana ni?kat maktab ke kat sekolah?Bila Kalamhati buat-buat toleh..dia tengok Kalamhati tapi bukan nak cabut earphone tu tapi lagi dia angguk kepala..Rasa nak je tegur tapi rasa segan pula (kita pula naik segan ngan depa)..

Bukan nak malukan siapa-siapa..Just nak benda ni jadi iktibar untuk blogger yang jadi guru pelatih..Kalau pergi sekolah jangan buat macam ni..Tak pandai nak bercakap pun, cukuplah sapa atau senyum bila jumpa dengan cikgu2..Sebagai tetamu kita perlu hormat kat tuan rumah..Tuan rumah kemain lagi pandang ke awak sambil senyum tapi awak buat 'derk' je cemana tu?

Hari last ROS tu pun masih buat hal sendiri.Kalamhati perhatikan, bila ada cikgu lalu depan dorang, dorang buat taktau je.Apa daaa!

Ini ke contoh yang nak dibawa ke sekolah bila dah posting nanti?Sebelum mendidik anak bangsa, didik diri kita sendiri dulu untuk lebih mesra dan tahu adab kita dengan orang lain..

**Entry bengang sikit..hehe mahaplah ye..

6 comments:

norh said...

bakal cikgu pun kena belajar lebih lagi nampaknya ye kalau macam ni..

sarah-najwan said...

jgn bersikap begini
sebab nati kita akan
minta tlg ngan guru lama jugak
nati da posting..

guru2 patut tunjuk nilai2 murni
yang tinggi sb mereka hendak mendidik orang lain ke arah yg baik..

jgn seprti ketam mengajar anaknya berjalan betul pulak..

Cma Shiema said...

x elok perangai die camtu..

Ayuni said...

hm, teruknye, tu br practical...

whitecappuccino said...

awal2 lagi dah menyombong macamana tu? baru ROS..

cikgu isza said...

teringat masa mula-mula posting dulu.. siap round sekolah jalan-jalan cari cikgu lama.. bersalam dan berkenalan..

selalu jumpa guru pelatih yang begitu.. nak salam pun payah..