Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini
KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. - BERNAMA
------------------------------------
Sedih bila baca berita-berita tentang pergolakan ni..Rakyat yang tidak bersalah jadi mangsa. Pelajar-pelajar kita pun dah terganggu pembelajaran mereka. Semoga semua ni cepat berakhir.. Petunjuk apakah ini Ya Allah?Dunia-MU makin hampir ke penghujung usiakah?..Astaghfirullahal 'azim.. Lindungilah hamba-hamba-MU yang bertaqwa..
16 comments:
tulah, nasib baik kwn sye ckp dier dh ok, smua dh kumpul rmai2
>>Ayuni:
ramai juga yg dah selamat sampai ke Malaysia..
harapnya proses penerbangan balik yg dibuat oleh TUDM dan MAS berjalan lancar
Semoga segalanya selamat. Dan semoga usaha kita memberikan hasil.
>>Kak Azie:
amin..insyaAllah..
harap2 proses membawa pulang tu berjalan dgn lancar.. insyaAllah...
bakal tunang adik saya pun tersangkut kat mesir, takde khabar berita lagi... dan ada sorg kawan kpd sedara saya yg belajar kat sana dah mati kena tembak akibat terperangkap dlm rusuhan masa nak mendptkan roti...
harap2 kesemua pelajar malaysia kita dpt dikeluarkan drpd Mesir secepat mungkin.
Insya'allah urusan yg baik akn mndpt keredhaan-Nya...
semoga semuanya selamat :)
semoga Allah melindungi bumi Mesir..
Amin.........
insyaallah semuanya selamat..
amin ^^
Disini banjir di Mesir kucar kacir
semoga semuanya cepat berakhir
dan penuntut juga rakyat malaysia selamt pulang ketanah air.....amin2
amin !!! semoga mereka dilindungi !!
alhamdulillah, tapi kita memang lambat bertindak..haish
semoga sume selamat pegi n blk...
n for all stdent yg kt sne,kuatkan semngat n jgn putus asa..kite hnya mnrancang. Allah yg tentukan segala2nya...amin..
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...lebih baik dinegeri sendiri...aman damai..pe2 pun sedih gak ngn rakyat kite...mudah2an selamat...
insyallah...hrp semuanya selamat..amin~~
Post a Comment