Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, February 9, 2011

AWAN NANO..



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu 
tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu 
walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri 
tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Suka layan lagu ni lately..Terkesan sangat kat hati ni..Teringat semua orang yang disayang.. Bonda dan adik-beradik.. Kawan-kawan yang sentiasa menjadi peneman diri.. Pengubat sepi..

Walaupun bonda jauh, tapi kasih sayang dan doanya sentiasa memayungi diri ini ke mana saja ku pergi. . Kasih dan ingatan adik-beradik.. Walau jarang ketemu..Namun keakraban tu tetap kekal dihati.. Terkadang bila berada di depan mata tidak terasa kepentingan kewujudan masing-masing.. Hinggalah berjauhan.. Terasa betapa perlunya mereka di sisi.. 

Ibarat awan nano yang kadangkala tidak dihiraukan kehadirannya.. Hanya zarah-zarah kecil yang dirasakan tidak penting.. Hinggalah datangnya panas terik mentari yang membakar pipi dan seluruh badan. Waktu itulah kita tercari-cari sang awan untuk berteduh. Baru tersedar kepentingan itu..

Walau tak tergapai tangan ini untuk menyentuhnya..tapi ia tetap setia melindungi diri ini.. Yang hadir tanpa kuduga.. membuat diri ini tenang..

Ah!ku rindu untuk berada di situ..di sisi pemegang kunci 'syurgaku'.. Dia yang melahirkan diri ini..Dan di sisi mereka yang melengkapkan hidupku ini.. Sungguh diriku rindu..

**Sorry layan emosi sikit petang-petang ni.. Bila badan dan otak kepenatan.. Beginilah jadinya..huhu


8 comments:

DKosongLapan said...

Alahai cik kalamhati.... Yong buat awok teghingat kat mak awok..... Selagi ade mak ni......selalu2 le jengok die....

Kalamhati said...

>>D08:
betul tu yob D08..
tiada galang gantinya kan..huhu

Jo Qusary said...

hmm... bait2 sajak yg indah...

Kalamhati said...

>>Jo:
ni lagu awan nano nyanyian Hafiz AF7 tu..
tp memang bait2 lirik ni memang puitis dan indah

alinac lover said...

ngee rindu kat mak :)

lestary aryani said...

yup..saya pun suka..suka ngan music n kata2 dalam lirik lagu ni :-)

Cma Shiema said...

lirik lagu dia best..
cantik pix awan tu~~

whitecappuccino said...

indah dan cantik