Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, January 9, 2011

WATAK USTAZ HANYA SEBAGAI PENGHALAU HANTU JE KE?

KUALA LUMPUR: Di dalam filem atau drama televisyen lokal yang bergenre seram, watak ustaz dilihat sering dipaparkan sebagai sekadar tukang penghalau hantu dan jin.
Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, namun di kalangan sesetengah pendakwah, watak uztaz yang sebegitu telah disalah guna dan fungsi sedemikian perlu dibetulkan.
"Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau mahluk halus semata-mata.
"Sedangkan peranan sebenar seorang ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan yang benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini," kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.
Beliau juga menegur mengenai elemen jampi serapah yang disebut oleh watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan sebegitu.
Bagi pendakwah bebas, Datuk Daud Che Ngah, peranan watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan pengunaan ayat suci al-Quran sekadar mentera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.
"Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram telah membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya telah dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia," jelasnya.
"Unsur seram dan ganas yang terdapat dalam filem menyebabkan orang ramai khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu dalam filem daripada Tuhan dan perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana ianya bakal melemahkan minda umat Islam," tambahnya.
--------------------------
Ustaz yang betul telah bersuara tu..Jadi, jangan sempitkan skop serta peranan seorang ustaz..Banyak lagi peranan yang boleh ditonjolkan..Barulah nampak kredibiliti seorang pengarah tu dan filem tu dapat memberi manfaat serta pengajaran kepada penonton..

18 comments:

Helmet Putih said...

Setuju sangat ... tugas ustaz dalam drama dan filem lebih kepada tukang halau hantu ...

sarah-najwan said...

salu dlm citer mcm tu la..
sejak dua menjak ni
byk sgt citer bokbong kan..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

IMANSHAH said...

satu lagi tukang baca talqin

atien said...

kalamhati :betul tu kak .. kdng2 orng sngke watak ustaz tu hanya untk m'halau hntu je ..

Gayahspears said...

baik filem dan drama same je skrg ni... ustaz lah jd halau hantu..ape2 je..huhu

whitecappuccino said...

Betul la, perasan juga.

apezs shah said...

hehe khas utk hantu katanya...;)

apezs dah follow sini, datanglah blog kita..;)

Rina Rossoneri said...

huhu setiap kali cite hantu mesti ada uztaz..

☾SHiemaCMa786☾ said...

betul tu kak..
setuju2..

Unknown said...

dok tengok cite Ustaz Amirul kat TV3 lak.. tengok cam ok gak...
kuman "Tornado DAH SIAP!!." Entry

noreed said...

memang byk citer mcm tu skrang ni

Solihin Zubir said...

btol jugak!
silap2 nnt gelaran ustaz tukar jd penghalau hantu plak.. huhu..

deCrewz said...

Dah jadi macam kebiasaan... Asal cite hantu je, mestilah guna ustaz, xkan nak guna tukang masak kot, x pun tukang cuci sampah...wahahahaaha

Unknown said...

a.a..slalu je jd gitu..ustaz je halau hantu..jampi merepek2

p/s-Kelebihan kepada Ahli Alinac Shoppe..setiap pembelian Shock Sale..anda akan mendapat point kumpul sebanyak Rm6 secara percuma!!!

http://www.alinacshoppe.com/2011/01/shock-sale-promotion.html

shahrilhakime said...

Salam cik Kalamhati...
itule nasib watak2 ustaz dalm ceghite melayu......ade untok jadi pengalo hantu.....bace talkin kat kubor......itu je le yg deme nampak.....tapi ade ceghite baghu kat tibi3 sekaghang ni yg angkat watak ustaz jadi watak utame......sesekali ustaz jadi hero......

sud@is said...

banyak lgi watak ustaz boleh ditonjolkan...
boleh amik pengjaran..

eelobor said...

abistu kalu crita hantu, takkan la nak panggil pomen kreta untuk halaukan hantu deh? hehehehe

gura jah kakchik, apo hok Datuk Daud Che Ngoh tuh royak meme betul & tepat sekali.

Miss Yaty said...

pengarah dan penerbit filem tahu pun mengelabah bila ustaz dah sound...

ish3...kadang2 filem hantu/seram ni byk yang terpesong dari nak berdakwah...