Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, January 15, 2011

Seorang Bayi Satu Pokok..

Jumlah Pokok Di Kuala Lumpur Akan Menyamai Jumlah Bayi Di Bandar Raya
KUALA LUMPUR: Jumlah pokok yang akan ditanam di Kuala Lumpur setiap tahun disasarkan menyamai jumlah bayi yang dilahirkan di bandar raya itu dalam usaha kerajaan mewujudkan hutan dalam bandar.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Bakaruddin Othman berkata langkah tersebut yang akan dilaksanakan tahun ini merupakan satu kaedah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau.
"Contohnya, jika tahun lepas, kita buat semakan terdapat kira-kira 50,000 bayi yang dilahirkan di Kuala Lumpur, jadi tahun ini kita cuba tanam pokok dengan mengambil kira seorang bayi, satu pokok," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 10,000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau di sini hari ini.
Kempen dua bulan itu bertujuan mengumpul dana Yayasan Anak Warisan (Yawa) di mana orang ramai boleh menderma sambil melukis dan menulis di atas kanvas setinggi 1.5 meter dan selebar 5 meter mengenai pandangan mereka terhadap alam sekitar, yang akan ditempatkan di kawasan tumpuan awam termasuk pusat membeli belah.
Bakaruddin berkata pada tahun lepas, sebanyak 37,000 batang pokok terdiri daripada kempas, merawan, siput jantan dan tembusu ditanam di kawasan berhampiran Jalan Semarak serta di Taman Bukit Kiara.
Beliau turut menasihati badan korporat atau syarikat swasta yang ingin mengadakan kempen menanam pokok supaya mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan kawasan yang terlibat adalah sesuai dan tidak bertindih dengan kawasan yang telah dikenal pasti untuk pembangunan. "Kita amat menghargai usaha sebegini dan ia memang perlukan sokongan daripada mereka, tetapi diharapkan jika mereka mahu menanam pokok, perlu berbincang dengan DBKL supaya kita dapat tentukan di mana kawasan yang sesuai untuk pokok itu ditanam," katanya.-BERNAMA
------------------------------
Ku lihat hijaaaauuu...hehehe..Great effort..Go green!

11 comments:

Jo Qusary said...

sikitnya bilangan pokok...

Kalamhati said...

>>Jo:
harapnya lebih byk pokok depa dpt tanam tahun ni..

Miss Yaty said...

harap2 makin byklah kerajaan tanam pokok..jangan asyik tebang pokok je..hihi

eelobor said...

hehehe, elok sangat la tuh. dah panas giler kat sini sebab kurang oksigen kut. hahahaha

Rina Rossoneri said...

oh itu maksudnya..lol,kita dah pikir lain

Kalamhati said...

>>Yat:
harap2 gitu la..kita pun kena tanam jugak la kot..hehe tanam pokok cili ke..=p

>>eelobor:
hehe tu la...kena neutralize balik kepanasan..

>>rossoneri:
rina pk apa?huhu

Solihin Zubir said...

kena ikut jumlah bayi? huhu..

yeah! go green!
sy harap pasni semua blog diwajibkan kaler hijau.. ahahah.. ;-p

Anonymous said...

up sikit la... sorang bayi 5 pokok ke... bumi kita ni kan dah panas... byk2 kan oksigen tu....

mie said...

harap pokok2 dijaga..
bukannya ditebang..

نورعيم said...

lah, tgk tajuk pk lain. dah baca yg lain rupanya. hehe.

Anonymous said...

Plz join me at LA21 KL (Facebook) go to GREEN