Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, December 9, 2010

Waktu Asar, Isyak & Subuh

Hadith :
"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ke tempat kediamannya dipinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang isyak, dan baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran".
(al-Bukhari dan Muslim)
Huraian:
1. Seseorang hendaklah menyegerakan sembahyang Asar diawal waktunya.
2. Sunat mentakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 dari malam sekiranya tidak memberatkan sembahyang secara berseorangan atau berjamaah.
3. Makruh bagi seseorang tidur sebelum sembahyang isyak kerana takut terlupa atau terlewat daripada waktu.
4. Seseorang hendaklah segera menunaikan sembahyang subuh dan keluar dari masjid setelah terang.
5. Setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (mStar Online)

9 comments:

Awang Hafiz said...

nice post. syukran.

eelobor said...

thanx saling ingat mengingati.

cantik hiasan umah....

shahrilhakime said...

Cantek lagi cik Kalamhati..... balik daghi SUbuh tu...sambong buat sunat Dhuha...... memang cantek sangat la tuu./... apepun teghime kasih le ateh info ni...

Kalamhati said...

>>Awang Hafiz:
afwan..=)

>>eelobor:
sama2..
tukaq cat je..hehe

>>D08:
hehe ye la tu..yg Dhuha ni la yg selalu termissed..
ujung minggu dpt la..kalau kt sekolah jarang dpt buat..huhu

nazirulhazwan~ said...

den asar kat surau,isyak kat surau, subuh kt ... err err, kt umah jer:P haih, esok nak solat subuh kat surau la:P

Kalamhati said...

>>naz:
insyaAllah jika niat baik..Allah akan kuatkan hati tu..hehe suka solat subuh kat surau time study dulu sbb nak sujud sejadah..
dah keje ni jarang dah..masjid jauh..surau kuarters waktu puasa je imarah..huhu

Unknown said...

sejuk hti baca entri ni

sud@is said...

tq share n3 fadhilat2 dalam menunaikan solat

YanaHime said...

bagus untuk saling mengingati