Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, December 14, 2010

TERINGAT PESAN USTAZ..

Masa duk ambil wudhuk tadi tetiba terlintas untuk buat entry tentang wudhuk..Ilmu yang diamalkan tak salah dan patut dikongsikan ye dak?..

Sebenarnya memang semenjak dari mendengar penerangan ustaz (kalau tak silap ustaz Kalamhati ku ni namanya Maahad) masa Kalamhati kat Pusat Matrikulasi UIA dulu..Dan sampai sekarang tak pernah lupa dan menjadi amalan.

Dia pesan kalau ambil wudhuk, di setiap perlakuan wudhuk tu mesti berdoa dalam hati.


  • Ketika basuh tangan - doakan semoga kita menerima buku amalan dengan tangan kanan.
  • Ketika berkumur - doakan supaya mulut kita ni sentiasa menyebut perkara2 yang baik dan benar.
  • Ketika basuh muka - lepas niat...doakan supaya Allah bersihkan (cerahkan) muka kita dengan nur dan jangan dihitamkan wajah kita.
  • Ketika basuh tangan sampai ke siku - doakan supaya kita tidak melakukan perbuatan yang tidak baik.
  • Ketika menyapu ubun-ubun - doakan semoga kita dilindungi di bawah teduhan arasy.
  • Ketika basuh telinga - doakan semoga kita dipelihara supaya tidak mendengar perkataan yang tidak baik.
  • Ketika basuh kaki - doakan semoga ditetapkan kaki kita di titian sirot.

Kali ni Kalamhati nak kongsikan amalan ni dengan semua kawan-kawan. Sebab Kalamhati rasa ia merupakan doa penting dan buat hati kita lebih khusyuk ketika mengambil wudhuk. Cubalah amalkan. Doa betul2 seikhlas hati..Dan tak terhad kepada doa di atas saja. Apa2 doa yg anda rasa sesuai untuk dipohon kepada Allah.

Wallahu a'lam

12 comments:

Unknown said...

kalam hati..
syukur..dapat lagi ilmiah dari sahabat blogger

tapikan, doa saya agak adfa tambahan...macam kalau tangan tu, elakkan dari membuat perbuatan kearah kejahatan

kalau basuh kaki, elakkan dari melangkah ke tempat maksiat

(agak-agak apa sahaja doa kita semasa berwudhuk diterimaNya kan?)

Kalamhati said...

>>Sis Ayu:
betul lupa lak satu lg..sy tertinggal yg basuh tgn smpi siku tu..

tq sis sbb sebut.
ha'ah bukan doa yg saya bg ni je..apa2 doa yg berkaitan pun boleh.. tak terhad

Siti Safiyyah said...

ehh first time bce pasal ni..tak penah terfikir lak sblm ni..thanks sbb mengingatkn.. :)

Solihin Zubir said...

mudah-mudahan doa yg diiringi dengan wuduk tersebut lebih memberkati kita..
tp berwuduk pon kena cara yg betul jugak kan.. :D

atien said...

Kalamhati : alhamdulillah .. dapat maklumat bru tntng ilmiah .. harap2 doa yg kita dpt pinta tuh ,, d aminkan Allah ...

Kalamhati said...

>>Siti Safiyah:
tu yg akak nak share ngan semua..sbb ni just doa..tp elok kita amalkan..utk lebih dekat dgn Allah dan hati kita sentiasa jinak utk berbuat kebaikan

>>Solihin:
insyaAllah solihin..
yup..kena betul nnt tak sah pulak solat kita..jgn celup celap siap!hehe ada tertib dan tomakninah(tak suka nak eja melayu sbb tak betul sebutan)..yg penting lafaz niat tu..
ramai lagi yg keliru bila nak niat..ada yg niat masa basuh tgn bukan masa basuh muka sbb jahil ttg ni

Kalamhati said...

>>Aretien:
insyaAllah..mudah2an aretien..=)

ISZA said...

pernah dengar tentang amalan ini.. terima kasih kerena berkongsi dan mengingatkannya kembali..

Kalamhati said...

>>Isza:
sama2 chekgu..inilah satu sebabnya kita di sini..utk saling ingat mengingatkan tentang perkara yg baik..

Syed Hilmi Syed Yahya said...

new information for me n vary good information to all people how reading your new entry....thankz....harap2 dpat amlkn time nk ambil wuduk nnt,,,amin,,,

Kalamhati said...

>>Syed Hilmi:
insyaAllah Syed..cuba amalkan ye..=)

sud@is said...

Terimakasih byk kerna share info yg sgt berguna untuk tambah ilmu....tq2