Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, December 6, 2010

Eleh!seposen je sedekah?..Baik tak payah!

Jangan Meremehkan Sedekah Orang
Hadith:
Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”kami diperintah Rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli.
Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu.
Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:”Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.”
Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :
(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.” (at-Taubah:79)
Huraian :
Allah SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang dimiliki.
Tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata. Tetapi keislaman itu diukur pada orang yang paling ikhlas dalam agamanya termasuk dalam bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sebenar akan sanggup menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara orang munafik pula akan sanggup menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang dipetik dari mStar Online
---------------------------------
Bukan soal sedikit atau banyak..yang penting sekali adalah niat kita..Jika ikhlas, walau satu sen pun akan dikira oleh Allah..Jom kita bersedekah!..sempena tahun baru ni..masuk dalam to do list 'perbanyakkan bersedekah'..boleh gitu?..=)
Peringatan untuk diri sendiri gak. ni..


4 comments:

sarah-najwan said...

betul tu..
yg penting ikhlaskan diri kita masa bersedekah..

ingatan utk saya juga
bykkan sedekah pada thun baru nati..

eelobor said...

setuju sangat2 tuh kakchik. macam diri ini, terlalu berat untuk bersedekah pada masjid ker, anak yatim ker, orang OKU ker. tetapi bila membeli majalah laju jer. membeli novel laju jer, membeli baju & beg tangan laju jer walau yang lama masih elok lagi. malah nak beli rokok pun tak sayang sehingga RM10 sehari....sedekah RM1 seminggu pada hari jumaat pun masih berat tangan.

Unknown said...

semua yang nak dikatakan telah dicakap.saya setuju 100%

Kalamhati said...

>>ummi sarah-najwan:
saya pun berazam gak..thn ni byk lg yg tak terlaksana..huhu


>>eelobor:
huhu betul..kakchik setuju sangat..kdg2 terlupa nak bersedekah..pegi masjid selalu lupa nak bersedekah..huhu lalainya la akak ni


>>Mohammednajib:
jadi peringatan utk kita ni..=)