Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, November 18, 2010

WASPADALAH WAHAI WANITA..Huhu

KUALA LUMPUR: Kaum wanita dinasihatkan berhati-hati dengan pelawaan makan dan minum individu yang baru dikenali kerana dibimbangi bahan tersebut telah dicampur dengan dadah perangsang seks.
Yang Di-Pertua Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd Yunus Pathi mendakwa, sesetengah wanita terpedaya sehingga menjadi mangsa rogol.
Katanya, pihaknya mengetahui modus operandi tersebut selepas menjalankan proses temuduga dengan beberapa mangsa yang ditempatkan di Pengasih.
"Kebanyakan mangsa terpedaya dengan rakan-rakan mereka sendiri walaupun mereka tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks.
"Kenalilah pasangan anda, berhati-hatilah dengan orang asing supaya tidak terjebak dalam penipuan ini. Mereka yang berniat jahat sentiasa tunggu saat dan ketikanya untuk memperdaya mangsa. Tip saya ialah berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Aidiladha di sini, Rabu.
Kira-kira 150 warga dan kakitangan Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai ibadah korban itu.
Sebanyak lima ekor lembu dan empat ekor kambing sumbangan individu dan ahli-ahli keluarga kakitangan Pengasih dikorbankan kali ini.
Mohd Yunus mengingatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati pelawaan daripada mereka yang tidak atau kurang dikenali.
"Pegang dan goncang botol minuman tersebut untuk memastikan sama ada ia bocor atau tidak. Kalau bocor, bermakna sudah ada usaha untuk menyuntik bahan minuman itu dengan dadah atau bahan perangsang seks," jelasnya.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Jamal Abdillah yang turut hadir dalam majlis itu menyumbangkan seekor kambing sebagai korban.
Katanya, ini adalah kali keempat dia melakukan korban sempena Aidiladha.
Jamal menyifatkan ibadah korban yang ditunaikannya sebagai pengorbanan untuk mencapai satu kehidupan yang lebih bermakna.
sumber: Star Online
 --------------------------------------
Harap kita lebih berhati-hati..Kalau pertemuan pertama tu rasanya better pergi berteman..Takut apa2 jadi susah..Ku cukup risau bila tengok ramai yang berani keluar jumpa kenalan baru sorang2 tho hanya kenal melalui internet..buat blind date la konon..Tak payah la blind date ni..Tu pendapatku..maybe masing2 punya pendapat yg berbeza..Tapi byk yg buruk dari baik kot..Betul tak?

4 comments:

IMANSHAH said...

peringatan yang baik untuk kaum hawa

Kalamhati said...

>>imanshah: hmm ye..agar lebih berhati2..takut lak bila baca...mcm2 cara yg dibuat oleh mereka 'yg sesat dan meyimpang' dr jalan Allah ni..semoga mereka semua diberi hidayah oleh Allah..dan jenayah2 sebegini berkurangan..amin

Rina Rossoneri said...

huhu kalau kawan sendiri yang buat tu yang sedih..

Kalamhati said...

>>rossoneri: huhu betul tu..nauzubillah