Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, November 19, 2010

MAWAR PUTIH BUATMU MAMA..

Ni merupakan entry tertangguh..sebab sehari before raya hari tu..tak sempat nak update apa2 dan rushing balik kampung..huhu.tangguh punya tangguh hari ni baru dapat story mori..Hari Selasa lepas merupakan last day sekolah dan juga last day untuk Pn. Norehan yang dipanggil Mama oleh warga sekolah..Mama akan bersara dari dunia perguruan..So, pihak sekolah mengadakan majlis khas sempena Hari Persaraan Mama..



Diriku antara yang paling sibuklah sebab kena uruskan hadiah-hadiah Mama..Cari hadiah, tempah hadiah, balut hadiah..haa semua tu bahagianku..Alhamdulillah semua berjalan lancar..Dan majlis pun agak meriah juga dengan persembahan dari murid2 dan wakil guru..Seronok dan sedih bercampur baur. Namun hatiku dah sampai kampung dah waktu tu tho jasad masih kat sekolah..Tak sabar2 dah nak balik kampung beb!

Lagu ni sangat sesuai untuk Mama..Dinyanyikan oleh Pn. Rose Nabitah khas buat Mama..Boleh tahan juga suara makcik ni..hehe


Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz. Shahrin Azwan

Ucapan dari wakil murid Adik 'Athif 'Irfan

Persembahan yang menarik perhatian semua guru dan buat ku touched..
Anak-anak istimewa dari klas Pendidikan Khas..

Persembahan Koir dari Kelab Kebudayaan

Ucapan dari Mama..Ada riak sedih tapi Mama selindungkan kesedihan
dengan senyuman yang sentiasa diukirkan..

Diva sekolah..hehe Pn. Rose Nabitah mendendangkan lagu Mawar Putih Buat Mama..
Merdu sekali..kalah Tok Pah macam ni..hehe

Potret2 kenangan khas buat Mama

Murid-murid bersalaman dengan Mama

Guru-guru pula bersalaman dan memohon kemaafan dari Mama

Kereta yang akan menghantar Mama pulang ke rumah

Hasil sentuhan kreatif dari staf sokongan sekolah

Lambaian terakhir dari Mama 

Murid-murid mengiringi di belakang kereta dengan basikal


Tamatlah lakaran hidup Mama sebagai pendidik..Kekal terpahat menjadi kenangan indah buat Mama sebab Mama kata tak banyak yang pahit sepanjang kariernya sebagai guru..Banyak yang indah untuk dikenang..Dan Mama merupakan seorang guru yang tidak banyak kerenah..Menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh ikhlas..

Dan perjalananku masih jauh lagi..huhu meneruskan perjuangan Mama..demi bangsa dan negara..Semoga langkah ini terus gagah dan yakin..Tidak kalah dengan cabaran dan ujian mendatang..insyaAllah..


2 comments:

ISZA said...

bertemu dan berpisah... adat manusia biasa..

Kalamhati said...

hilang di mata tapi di hati tidak lupa..=)