Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, November 6, 2010

UBAT HATI..

Sesiapa yang ada menonton Al Kulliyyah semalam mesti tau topik apa yang dibicarakan..Ku pun hampur terlepas tetapi tertengok status kawanku kat FB inform tentang Al-Kulliyyah maka sempatlah ku tengok dan dapat sedikit ilmu..Al-Kulliyyah semalam berbicara tentang topik yang agak menarik iaitu Ubat Hati..thanks Gee!


Banyak petua dan amalan2 bacaan ayat suci Al-Quran yang dikongsikan yang mana boleh kita amalkan untuk menjadi ubat kepada hati kita..


Antara yang sempat di quotekan oleh rakanku ialah mengenai cara untuk melembutkan hati iaitu dengan membaca surah Al-Israk: ayat 82 yang merupakan ayat untuk melembutkan hati..Untuk ubati akhlak dan perangai seseorang, apa lagi...amalkan lah ayat ni..Haa ni sesuai untuk ibu2 yg nak lembutkan hati anak2 dan juga kepada cikgu cikgu yang nak lembutkan hati anak2 didik yang terlebih nakal.


Caranya senang je..baca ayat di atas dan hembuskan ke dalam air atau dalam makanan...kemudian bagi anak2 minum atau makan...semoga anak2 akan lembut hati, insyaAllah..


Petua Kedua : ialah untuk mengubati ketagih merokok, dadah atau makanan2 tidak baik

Caranya dengan menggunakan madu asli..Bukan madu campuran ye..Caranya, madu tadi dibawa bersama untuk solat hajat...pastu kat madu tu..dibaca surah al-Fatihah, ayat kursi dan surah An-Namlu ayat 69, insyaAllah mujarab..


Haa yang ada niat nak berhenti merokok tu boleh la cuba amalkan..insyaAllah..

Dan yang paling akhir sekali yang sempat ku catatkan adalah tentang cara nak elakkan santau dalam minuman kalau kita minum kat kedai atau kat mana2..

Caranya kita hendaklah pegang gelas tu dan jari kelingking kita diletakkan di bawah atau di tapak gelas..kemudian baca "Bismillahillazhi la yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fissamaa'i wahuwassamii'un 'aliim" - rasanya semua tahu bacaan ni kan..

Kalau air tu ada santau, maka jari kelingking akan terasa sakit dan keperitan yg amat sangat sebagai tanda santau tu ada dalam minuman tersebut..

Ku memang sentiasa baca bismillah kat atas tu bila makan kat kedai atau makan makanan yg diberi oleh sesiapa sahaja walaupun rakan baik kita..Tu adalah pesanan dari seorang rakan masa kat U dulu..Dia pesan kalau nak makan apa2 bacalah..insyaAllah takde mudharat yg kita dapat dari makanan tu kepada badan kita..

Insyaallah..mana yg baik kita amalkan..tambahan pula pada waktu sekarang ni..banyak makanan2 segera yang boleh memudharatkan kita..Amalkan lepas baca doa makan terus baca bacaan basmalah di atas..

Wallahu a'lam..


11 comments:

azzey said...

Kalamhati: info ni bagus utk dikongsi. lg2 bab santau tu...tq!

eelobor said...

kakchik: doa pasal santau u dari ayat qur'an ker? boleh sertaka surah dan bilangan ayat

Kalamhati said...

>>azzey: insyaAllah mudah saja utk diamalkan..=)


>>eelobor: tak sure ayat Al-Quran ataupun doa..
tapi Rasulullah memang amalkan..ni bukti dia:

"Sebaik-baiknya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW seperti membaca: Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi shay'un fil ardhi wa la fissama' wa huwassami'ul alim yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada sesuatu di bumi dan di langit akan (dapat) memudhratkan (sesuatu yang lain) sedang Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi.
(Sumber: Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 132, bilangan hadis: 508"

Unknown said...

thanks kak..ilmu bagus ni

Solihin Zubir said...

Alhamdulillah.. nice info akak! :D

Kalamhati said...

>>Yong & Solihin: sama2..ilmu yg baik kita amalkan..=)

meraban said...

jln2 cr ilmu......

Kalamhati said...

>>meraban: sila2..jangan carik pasal sudah..hihi

norgee said...

hehehe...sama2 kasih kak...ceeewaaahh..siap mention nama ku tuu..err..yg baik tu kita kongsi2kan..yg tak baik tuu..sama2 kita tegur..

semoga terus hebat menabur bakti dalam dunia blogging...

Kalamhati said...

>>Gee: hehe nama rakan kongsi mesti disebut..
insyaAllah Gee..kita sama2 sampaikan ilmu bermanfaat walaupun sepatah dua je..

Unknown said...

alhamdulillah...ade pn topik ni...ske sgt pas tgk alkuliyyah ritu..thnx ye...mohon share di fb..