Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, November 7, 2010

Sudah sudahlah tu aniaya orang..Bertaubatlah

(ehsan dari Google)

Talian telefon tidak berfungsi? Talian internet tak dapat digunakan? Sejak kebelakangan ni, banyak kita dengar tentang masalah ni kan? Makin lama makin menjadi-jadi..Yelah cara senang nak dapat duit..sementelah harga kabel2 ni memang tinggi plak tu..

Seingatku, masalah ni telah lama berlaku kat kampungku..Berlarutan sampai bertahun lamanya..Bukan pihak TM tidak ambil tindakan tapi setiap kali kabel dipasang semula..setiap kali itulah juga kabel tu akan lesap balik sekelip mata..

Pada tahun ni je, kurang sikit kejadian kecurian tu..mungkin orang kampung memantau kot..takpun si pencuri tu dah masuk lokap atau masuk pusat serenti..huhu

Dan dari dua minggu lepas sampailah ke hari ni, sekolahku dan kawasan berdekatan pulak yang mengalami masalah ni..Talian telefon tidak dapat digunakan langsung..Urusan-urusan sekolah banyak yang tergendala terutama untuk urusan faksimili..

Minggu lepas, ku terpaksa korbankan hampir RM30 untuk faks kan dokumen penting ke jabatan..Bukan pasal duit tapi kesusahan yang perlu ditanggung untuk mencari kedai yang sediakan khidmat faksimili dalam keadaan demam campak..huhu

Dan semalam abangku yang kat Temerloh pula mengahadapi masalah ni..Kabel telefon bawah tanah kawasan perumahan dia pula kena curi..Dah seminggu talian telefon dan internet tidak berfungsi..huhu menyusahkan bukan?

Mereka langsung tidak punya hati ke apa ek bila nak buat sesuatu yang jahat tu?Atau masa tu mereka memang berada di luar kewarasan?Dalam keadaan terdesak atau ketagihan yang amat sangat..sampaikan sanggup gadai  nyawa sendiri dengan mencuri..

Tak insaf lagi ke bila dengar ada yg terputus badan ketika mencuri kabel ni? Atau memang mereka tak hairan dan takut pun..Janji dapat duit..Dapat duit atas kesusahan orang lain..setiap hari orang tak redha..orang maki hamun awak..orang doakan awak mampus (maaf kasar sikit ayat)..Kalau doa tu makbul? Memang naya lah kamu wahai pencuri..

Yang membeli balik kabel dari si pencuri ni pun satu hal gak..Pihak berwajib kena buat serbuan gak..Kenakan tindakan ke apa..Biar mereka tak bersubahat dengan si pencuri..Kalau tak memang tak berkesudahan lah masalah ni..

Nak salahkan service provider pun tak boleh juga kan..cumanya kita harap mereka dapat fikirkan cara yang terbaik agar kabel2 ni susah nak dicuri..maybe takyah pakai kabel bawah tanah dah ke..(hehe pandai2 je)..maybe boleh tukar dengan wayerless kabel yang macam setelit tu..letak kt bangunan2..kalo kedabak macam tu mesti depa tak curi punya..kan?

Apapun, kita doakan je la agar hati2 mereka ni dijinakkan oleh Allah..dihalangkan keinginan dan niat dari melakukan perkara2 jahat dan terkeji..Kembali ke jalan yang lurus..Jadi hamba yang bersyukur dan berusaha dengan tulang empat kerat yang Allah pinjamkan..

Wallahu a'lam

2 comments:

alinac lover said...

isk..rimas la ek jdi gtu~

Kalamhati said...

>>Yong: tu la..semua keje jd terbantut..