Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, November 2, 2010

Seludup Rokok: Malaysia Tertinggi Di Dunia?

KADAR penyeludupan rokok haram di negara ini cukup membimbangkan berikutan satu kajian yang dilakukan oleh Goldman Sachs Group Inc. mendapati Malaysia kini berada pada tangga teratas di dunia berkaitan masalah itu.
Berada pada tahap 37 peratus pada tahun 2009, angka itu turut dijangka meningkat berikutan kenaikan harga rokok yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Korporat Philip Moris (Malaysia) Sdn Bhd, Richard James berkata, kenaikan itu akan menyebabkan pasaran rokok haram di negara ini semakin berleluasa.
Katanya, perkara itu dijangka berlaku kerana trend perokok di Malaysia tidak menunjukkan perubahan ketara antara tahun 2006 hingga 2009.

“Perokok sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun tidak mampu dan tempiasnya terkena kepada industri rokok kerana penyeludupan rokok haram tidak terkawal tambahan pula harga rokok telah meningkat,” katanya kepada Mingguan mStar ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu, Richard berkata, melalui satu kajian yang dilakukan menunjukkan dengan jelas bahawa walaupun kerajaan telah menaikkan harga rokok sebagai salah satu cara untuk rakyat negara ini berhenti merokok bagaimanapun penurunan peratusan untuk berhenti daripada tabiat itu amat kurang.
Jelasnya melalui statistik selama empat tahun daripada tahun 2005 sehingga 2009 penurunan perokok di negara ini hanya berlaku sekitar 2.9 peratus sahaja.
Katanya lagi, pada tahun 2008, sebanyak 24.4 peratus perokok dicatatkan di negara ini sebelum menurun sedikit kepada 24.1 peratus pada tahun 2009 selepas kerajaan menaikkan harga rokok.
“Melalui statistik ini jelas menunjukkan bahawa kenaikkan harga rokok tidak memberi kesan kepada perokok kerana mereka lebih terarah mencari rokok seludup yang banyak berleluasa di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Richard memberitahu rokok yang di seludup daripada negara jiran terutamanya daripada Indonesia tidak mempunyai piawaian terutamanya kawalan terhadap penggunaan nikotin dan tar di dalam rokok.
Katanya, tidak seperti kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah bahan tersebut diletak mengikut piawaian yang ditetapkan.
“Rokok itu sendiri sememangnya membahayakan kesihatan dan pengambilan rokok seludup yang tidak mempunyai piawaian mengenai bahan kandungannya lebih membahayakan,” katanya.
Sebagai langkah penyelesaian, Richard berkata, kerajaan perlu membuat lebih banyak serbuan secara terus terhadap kedai-kedai yang menjual rokok seludup dan sentiasa membuat tinjauan bagi menghalang peniaga menjual rokok seludup.
Bagaimanapun katanya, badan kerajaan seperti Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan tanggungjawab dengan baik bagi membanteras masalah ini.
Beliau turut menyarankan supaya Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung masalah penyeludupan rokok haram yang kini semakin membimbangkan.
Pendapatan negara terjejas hampir RM1.5 bilion setahun menerusi duti eksais rokok tidak berbayar berikutan masalah penyeludupan rokok haram.
“Justeru, kami menggalakkan LKTN meluaskan pelaksanaan bagi membantu mengurangkan rokok seludup dalam negara ini,” katanya.
Sumber: mStar Online

7 comments:

Unknown said...

patut pun buat macam tu....
dah melampau sangat permintaan rokok..sampai sanggup jalan haram...seludup lagi

Kalamhati said...

>>Kak Ayu: huhu tu la pasal..rokok tu dah la memudaratkan..cari lagi dosa dgn menyeludup..huhu ruginya hidup

Unknown said...

Malaysiakan semuanya nak jadi no 1.... so ini antaranya la
Kuman "warkah sedih seorang bapa" Entry

eelobor said...

rokok jual secara sah dah naik harga. permintaan tinggi menyebabkan penyeludupan berikutan harga rendah di pasaran. simpati pada perokok tegar, kerana memang susah nak berhenti merokok. walaupun sudah melebihi 2 tahun setengah berhenti, perasaan nak merokok tetap ada sampai sekarang.

sarah-najwan said...

rokok ni mmglah..dan berkebetulan..akak pom buat n3 rokok..hehe

Kalamhati said...

>>Kuman: huhu tanak la no 1 yg ni..


>>eelobor: hmm susahnya nak hilangkan rasa ketagih rokok tu ek..tp perokok mesti cuba gak berhenti sebab byk mudharat dr manfaatnya kan


>>Ummi sarah-najwan: huhu kebetulan lak..rokok ni bukan pembunuh senyap or silent killer..sbb kita dah tahu keburukan dan penyakit yg bakal kita hidap..betul tak

Gayahspears said...

merokok merbahayakan kesihatan diri & masyarakat...