Tadi sewaktu dalam kereta teman mak pergi beli ikan segar kat kampung sebelah, ku sempat dengar Hotfm dalam kereta..DJ Suraya dan Ikhwan bukak sembang petang (pe tah segmennya borak jam kot..huhu sori kalu salah)..Topik dia pasal tajuk kat atas tu..
Rata2 caller yang call adalah perempuan or lebih tepat lagi seorang isteri yang mengadu ada perempuan lain yang goda suami mereka..Ayat yg sempat kuingat (Perempuan itu perampas suami saya..merayu2 suami saya sampai sanggup bermadu dengan saya)..Lalu Suraya bertanya balik "sanggup ke puan bermadu?"..Anda mesti boleh agakkan jawapan si isteri..Siapa yg rela dimadukan..huhu
Ada yang siap sampaikan pesanan kepada si perempuan yang merampas suami dia lagi..ada "cikgu" lak kat depan..huhu cikgu rampas laki orang yeee..jangan tunjuk contoh macam tu wahai cikgu..nnt anak2 murid tahu tak elok..
Ada seorang penghantar sms lelaki pulak kata: "Perempuan itu buat saya tidak percaya lagi kepada perempuan"..huik jangan macam tu bang..hehe bukan semua perempuan tak baik..di luar sana yg baik dan setia kan..
Dan yang paling menarik sekali ungkapan dari seorang lelaki ni: "Perempuan itu membuatkan saya mendapat seorang teman yang setia"..hehe mesti dah dapat seorang isteri yang baik dan setia kan..alhamdulillah..so sweeet!
Kadang2 ada gak manfaatnya segmen borak yang dibuat oleh radio2 ni..tp kadang2 boleh mengaibkan seseorang gak topiknya..Tambah2 kalau topik lepas geram..huhu macam2 ayat yang keluar..
Bab2 lelaki dan perempuan yang dah kahwin curang ni..sebenarnya dah biasa sangat kita dengarkan..suami ada affair dengan orang lain..si isteri ikut lelaki lain..Benda2 macam ni sebenarnya terletak pada diri sendiri..keimanan..tanggungjawab..jika hati serapuh daunan kering..kita takkan mampu jadi sesetia Siti Hajar yg menunggu kepulangan sang suami..dan suami menjadi seperti Yusuf yang tidak goyah kepada godaan..(eceh pandai je kan...huhu)
Apapun, kita cuba lawan hasutan dan bisikan syaitan dan kuncu2nya yang makin tak senang duduk sebab waktu makin singkat..Nak kumpul seramai yang boleh ummat Nabi Muhammad jadi company dia dalam neraka..Semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah..semakin kita dekat dengan Allah semakin kuat dugaan yg akan kita hadapi...Yg penting kita cuba melawan..sentiasa basahkan hati dengan zikrullah..insyaAllah!
12 comments:
Salam sis..pada LM,tiada istilah perampas dlm kehidupan,bila dah tak sehaluan..berpisah,adalah kerana tiada jodoh.kalau kena goda mcm mana pun..tak ada jodoh,mmg tak jadi punya.Pd pendapat saya je la..huhu
hehehe, itu mungkin baru dari sebelah pihak yang berbicara. rata2 sudah menjatuhkan hukuman lebih awal drpd sepatutnya. jika cerita sebenar di tokok tambah atau tidak di cerita sepenuhnya (di sorok), mungkin org lain yang menuduh menjadi kepada fitnah.
bekas pakwe saya dirampas kawan saya sendiri :(
>>LM:
betul tu jodoh pertemuan di tgn Allah kan..cuma Kalamhati pernah dengar seorang ustaz bgtau kat tv yg jodoh ni juga Allah kurniakan atas cara yg tak baik seperti dibomohkan..Kalamhati tgh cari pasal tu..nak tahu lebih lanjut
>>eelobor:
huhu sebaik2nya kita jauhi fitnah ni kan..sbb kita ni hanya pendengar yg tidak tahu menahu hujung pangkal cerita..
>>Cik Hel: huhu ye ke..ujian utk Cik Hel..maybe dia bukan utk Cik Hel..=)
apapun yg penting hati...kalau hati nak tetap setia takkan ada apapun yg dapat ganggu gugat mana2 pasangan pun...
YEAH..
info bagus ni..kata2 penuh nasihat
masa masih singkat
salam,
memang ada dengar yang tiada istilah perampas dalam perkahwinan sebab suami bukan hakm mutlak seorang isteri tapi.. itulah... bila janji termetri dikhianati.. memang sakit hati..
kadangkala bukan menidakkan ketentuan tapi menegaskan ketidakmampuan..
>>Yana:
yup agree with u...semuanya terpulang kepada sang hati..
>>Yong:
hehe sekadar berkongsi cerita..yg baik kita jadikan panduan..=)
>>Isza:
betul tu..memang jodoh ketentuanNya..namun berapa ramai isteri yg teraniaya disebabkan pengkhianatan kasih ni..
if mampu takpe..byk yg kita dgr membawa masalah..dan heret isteri pertama ke kancah masalah bila nafkah tidak mampu diberikan..huhu
salam cikgu..
itulah, melayan radio seperti diri kita yang ditelanjangkan...sebab kita satu malaysia...perempuan pulak tu...
semoga, mana yang tak baik tu, simpan, luahkan pada yang sesuai dan memahami macam konselor, bukan war-warkan dalam radio..
sapa yang malu???? kaum kita juga
yg dipanggil perampas tu kalu dia tahu mmg sah2 laki/wanita itu masih hak org..kalu dah tahu..jgnlah rampas...
Allah maha adil..buat kat org gtu..nati ada balasannya..ingatlah..
pilih jodoh bukan pilih ikan kat pasar..kita berhak atas diri kita..buat ape nk susah2 bergaduh berebut ngan org lain?..
hish..saya pelik betul manusia ni..dah tau laki/bini org..masih juga nk menggatal...yg digoda lak..jika ada yg dok mengusha..sibuklah ckp rumahtangga xbahagialah...sedang proses cerailah..mcm2 masalah..
jangan ucapkan takdir semata2sebab jika sudah terjadi itu baru takdir..jangan membina kebahagiaan atas air mata kesedihan org lain..huhu
tepuk dada tanya minda..
p/s: panjang lebar lak..heehe..jgn ada yg terasa sb sekadar pendapat..
>>Sis Ayu:
Hmm betul tu..mana yg tak patut dihebahkan tak perlu la kan..jika kita tutup aib org..insyaAllah Allah akan tutup aib kita di akhirat nnt..
>>Ummi sarah-najwan:
whaa bila kaunselor kita mula buka mulut..hehe
sy setuju dgn apa yg akak tulis tu..kesimpulan yg saya dpt buat, jika ada iman di hati..rumahtangga berpaksikan iman dan taqwa..maka takkan berlaku bab curang dan rampas merampas ni kan..
jangan salahkan takdir sebelum kita berusaha melawan takdir tu..selamatkan rumahtangga atau terus biarkan ia berkecai..mesti ada sebab kenapa semua tu berlaku kan?hanya kita yg tahu
Kalamhati: apa yg penting jgn dilayan bisikan Syaitan tu.....
Post a Comment