Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, November 18, 2010

KITA SAMAN DIA!..SETUJU TAK?

SAMAN WANITA JADI PUNCA CERAI

PUTRAJAYA 16 Nov. - Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka. (haa memang patut disaman wanita2 sebegini kan)

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.

Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.

"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.
Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.

Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.
"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.

"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.

Selain itu, kata Kamilia, pasangan suami isteri perlu bijak menggunakan Internet tanpa menjadikan laman sosial seperti Facebook untuk meluahkan perasaan terhadap kekurangan pasangan masing-masing kepada orang lain.

"Jika seorang isteri menceritakan keburukan suaminya kepada lelaki lain dan lelaki itu mengambil kesempatan menggoda dia, sudah tentu akan berlaku masalah dalam perkahwinan mereka, begitu juga sebaliknya," katanya.

sumber: Utusan

---------------------------------
Patutnya saman je dedua..hehe isteri boleh saman gak suami dorang yang ceraikan isteri sebab perempuan lain tu..huhu

9 comments:

ISZA said...

salam,
bagi saya kes samana ni jatuh nombor berapa.. yang pentingnya nafkah yang diberikan suami untuk diri dan anak2..
kes sebegitu pun asyik tertangguh ni nak saman wanita penganggu tu pula..
dua2 pun salahkan... tepuk sebelah tangan tak berbunyi..

Kalamhati said...

salam..
betul tu isza..saman pun dorang bukan makan saman..
kita dh saksikan berapa byk kes pengabaian nafkah oleh si suami..

sy lebih suka kalau ada badan khas atau kumpulan pengamal undang2 tubuhkan satu biro khas utk uruskan kes yg tertangguh ni..

hal2 pengganggu tu kita serah pd Tuhan je..biar dua2 jawab kt akhirat nnt kan

Lydia Miza said...

Salam..Jodoh pertemuan di tangan tuhan..takyah la saman2..huhu

tiefazatie said...

salam sis...
erm..bagi ifa..nafkah utk anak2 penting lagi..tp kalu kte sakit sakit kan2...saman je la..biar tunjuk yg kte xlemah kan...=)

lagipun kte xrasa apa yg dorg rasa kan..so tpulang pd mereka la nk watpe kan2..cian nya..palis2..mintak dijauhkan..

sis...sori..tenet slow sgt..xleh tgl jejak nie..hee

eelobor said...

rasanya di negara kita masih ramai lagi kes isteri yang di ceraikan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya di mahkamah. itu yang perlu di utamakan. nak saman2 menyaman akan berlarutan lagi. bagi yang kaya raya tak apa lah. bagi yang miskin & kurang ilmu dunia nie, lagi tertindas rasanya. perlu pihak2 berkenaan & berwajib menyusun atur kembali sistem yang di gunapakai sekarang demi mengelakkan berlakunya penganiayaan ke atas mana2 pihak baik perempuan atau lelaki.

Kalamhati said...

>>LM: betul tu..yg penting masing2 tahu tanggungjawab..selebihnya jawab la di akhirat..isteri yg teraniaya tu perlu sbr sbb janji2 Allah benar2 belaka..


>>Ifa: betul..yg kena tu tau cemana sakit dan perit..namun yg penting, perlu ada badan or biro utk bela nasib mereka2 yg teraniaya tu..mcm kata eelobor..

>>eelobor: kak chik setuju ngan pendapat awak..kes isteri yg tidak mendapat pembelaan tu yg perlu diutamakan..kalu tak mslh tak selesai..duk pi mai pi mai tang tu gak..

YanaHime said...

kalau kat US bolehlaa buat camnih...klu kat sini mana lebih penting? nakfah anak2 ke atau balas dendam?

Kalamhati said...

>>Eliyana: nafkah anak2 tu lebih pentingkan..bab balas dendam or balasan ni kita serah pd Allah..betul tak?

Unknown said...

Sy slh seorg mangsa di sini. Sy telah tahu yg bekas suami sy ade perempuan. Apabila bekas suami sy dpt hidu hubungn mereka dgn cepatnya mereka pg ke Thailand tuk nikah. Bila sy dpt tahu sy redha dn mnasihat bekas suami supaya brlaku adil. Sy tidak mahu brcerai demi masa depan anak2x. Malang bekas suami slalu sms tuk brpisah dan akhirnya penceraian ttp brlaku. Sy tahu ada undang2 brkenaan saman org ketiga. Pernah ke ada kes sebegini dbawa ke mahkhamah syariah dan kemenangn dipihak isteri yg diceraikn. Sudi2xkn lah tuk share info pd sy. Ini amat brguna tuk sy kemukakan pd bakal peguam syarie sy. Dlm kes Daphene Iking ianya dibwa mahkhamah sivil. Masalah yg selalu wujud di mahkhamah syariah ni kes kurang diberi penegasan kpd pihak lelaki. Aniaya pd para wanita diluar sana trmsuk sy. Dh la diceraikan. Nafkah anak2x. Pembelaan kurang. Sbb tu sy sgt sokong sekiranya ada prtubuhan pembelaan wanita menangani masalah kelewatan mahkamah syariah ni. Komen anda amat dihargai