Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, November 4, 2010

INILAH MASANYA UNTUK BERBAKTI DAN BERAMAL JARIAH..

Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kekurangan Darah
ALOR SETAR: Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, merayu orang ramai menderma darah bagi menampung kekurangan bekalannya di hospital itu.
Mereka yang ingin menderma darah boleh datang terus ke Unit Pendermaan Darah HSB setiap Ahad hingga Rabu dari 8 pagi hingga 5 petang bermula pada Khamis.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ketua Jabatan Perubatan Tranfusi HSB Dr Abdul Rashid Mohd Ibrahim, berkata pada Khamis pula kaunter derma darah akan dibuka dari 8 pagi hingga 3.30 petang dan pada Jumaat ia dibuka dari 10 pagi hingga 4 petang (minggu pertama dan ketiga).
Bagi penderma yang tidak dapat ke HSB mereka boleh menderma darah di hospital-hospital berhampiran. - BERNAMA
mStar Online
---------------------------------
Nilah masanya utk kita berbakti..sesiapa yang bermurah hati bolehlah dermakan darah anda di hospital2 yg memerlukan..sedikit bantuan kita ni insyaAllah akan mampu memberi harapan dan menyelamatkan mereka yang memerlukan..


Kalau dekat memang ku pegi..Mak memang tak galakkan ku derma darah..sebab dia takut effect pada diri..Nanti badan jadi gemuk dia kata..hehe tapi ku yakin..Allah tahu niat kita kan..insyaAllah setakat ni takde apa2 masalah..masalah 'kemontelan' tu memang dah semulajadi...hahaha

No comments: