Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, November 5, 2010

FAKTA TENTANG KIDAL..(ditujukan untuk diriku sendiri..hehe)

(ambil dari mumumeow juga)

Masa blogwalking tadi..Tadi terbaca entry Fakta tentang kidal ni kat blog mumumeow..Whaa ada geng kidal..hehe lalu ku minta izin dari tuan empunya untuk copy dan paste kan di sini..Kredit untuk mumumeow!Tq so much!

Antara Fakta Tentang Kidal ni adalah:

Kidal terjadi apabila otak kanan seseorang lebih dominan berbanding dengan otak kirinya. Otak sebelah kanan menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi KREATIVITI dan SENI (kreatif sangatlah diriku ini..haha lukis org lidi bleh laa..)berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan....


Individu kidal cenderung merasa CEMAS ataupun MALU dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan. (pemalu tu ya..hahahaha)

Maybe adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan. Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan(EMOSI). Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan

Menurut kajian tidak ada sesiapa pun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan di dalam sesebuah keluarga. >> tak sure sebab ayah ngan mak bukan kidal..dan hanya diriku ngan kakakku (tu pun dia boleh tulis ngan tgn kanan gak) yang kidal

Lebih ramai LELAKI yang kidal berbanding perempuan. >> hehe abang iparku semua kidal dan anak2 mereka ada yang ikut mengkidalkan diri..huhu tp best la ada geng!haha


Individu ELASTIK

Individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Sebab tu la orang kidal dapat sesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. 

Disebabkan itu juga, secara purata orang kidal mempunyai jangka hayat  9 TAHUN LEBIH PENDEK berbanding mereka yang bertangan kanan. >> no no..i dunt believe this..huhu hanya kajian..(nak sedapkan hati je..hehe)





KEKURANGAN


Tulis dalam BUKU TEBAL (diari, buku laporan,dan lain-lain)
Individu kidal sukar semasa menulis di bahagian kiri muka surat buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik.

KEBANYAKAN PERALATAN DIREKA KHAS UNTUK INDIVIDU BERTANGAN KANAN.Contohnya seperti gunting, senjata api, tetikus, peralatan dapur, alat muzik dan lain-lain.

Kerusi kuliah atau kerusi yang disertakan dengan meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Diorang perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar dapat menulis kat meja kecik tu. Bayangkan jika kerusi tu digunakan semasa peperiksaan, lenguh weh pelajar kidal ini untuk menjawab soalan dalam jangka masa yang panjang. >> haa yang ni memang betul sangat laa..sakit belakang den tau dak nak habiskan lectures kalau kelas pakai kerusi ngan meja kecik tu..jenuh nak mengiring..memang rasa nak menjerit pun ada..huhu..kalau exam tak kot.sebab biasa dalam dewan guna meja besar..


KELEBIHAN

TULISAN ARAB
• Menulis dalam tulisan Jawi/Arab lebih senang berbanding tulisan biasa. >> memang sahih sangat la..hehe sebab tetiap hari kena tulis arab..

KREATIVITI
• Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. >> bijokkah saya?hahaha biasa2 je..tapi memang cepat dapat rasa dan mempunyai daya tanggapan yang tinggi..hehe perasan!

KAMERA 
• Bentuk kamera SLR yang memerlukan pengendalian kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah. >> dats rite!konfiden je pegang kamera..hehe macam la terror ngat..baru merangkak pakai DSLR..huhu


Apa kata Kalamhati?
  • Menjadi individu yang kidal dalam family membuatkan saya rasa begitu unik sekali..haha perangai pun unik dari adik beradik yg lain...tak caya cuba tanya adik saya ngan anak sedara saya..kihkihkih (korang jangan sabotaj i lak bila komen tau>>ditujukan khas utk adikku dan anak buahku ni)
  • Masa kat sekolah menengah dulu ustaz selalu ejek dan kacau..dia kata 'tulis arab dengan tangan basuh berak'..hukhuk bukannya org naak gitu..
  • Dulu kalau pakai sudu memang langsung tak bleh guna tangan kanan..sekarang dah boleh dah..taaaapi kadang2 tetiba je sudu tu duk kt tangan kiri semula..ikh sapa la yg alihkan tu..huhu tak sedar tau..
  • Kalau nak main gitar memang susah la nak carikan..nasib la tak main..hehe tp sekarang dah ada banyak dah untuk lefthanded..archery pun ada khas utk si kidal ni..
  • Kalau bawak kereta pun kelebihan utk geng kidal..sebab gear belah kiri..hehe kuat sikit nak tukar gear..=p

Tu je kot..cakap lebih2kan nanti ada yang termuntah lak..hahaha tapi betul pe kan, orang kidal ni memang unik dan istimewa!hikhik..jangan maree

wallau a'lam..

15 comments:

Nur Azila Ismail said...

yesss

zila bangga jadi kidal . hehe

Kalamhati said...

>>Zila: hehe yezzzaaa!geng kidal sudah mai..=p

Siti Safiyyah said...

hehe, teringat dulu masa sekolah rendah, elok² tulis tangan kanan gi gatai nak tulis tangan kiri jugak. ;-p

Sufi Printing Tshirt said...

1 lagi..org kidal ni hebat bermain bola/futsal..sebab kawan2 saya semua yg kidal semua hebat2..itu xleh dinafikan..huhu

eelobor said...

arwah abah & adik laki pun kidal gak. si kecik kat rumah nie pun, kalu bagi sesuatu benda kat tangan dia, mesti bersambut ngn tgn kiri

Kalamhati said...

>>Siti: hehe kalau dpt tulis dua2 tgn lagi bagus..=)


>>Sufi: ada dengar gak..rembatan kaki kiri memang luarbiasa..tp taktau la sejauh mana betulnya..


>>eelobor: ye ke?hehe bakal jd insan seni tu si kecil tu..hehe mana tau hebat sebagai ahli bahasa atau bakal architect..=)

azzey said...

Kalamhati: saya sker gak tgk org yang kidal ni buat keja. cekap semacam!

نورعيم said...

akak. kita pon kidal jgk. tp keturunan ikut ayah. huhu. kdg2 mmg susah nk buat kerja yg org kanan buat. huhu.

Kalamhati said...

>>azzey: hehe suka ek..slalu kena gelak je..sbb org tengok kekok semacam je..hee


>>noraim: ye ke?ada geng lagi..hehe
huhu betul tu..tp takde la susah ngat kan..kita still bleh wat keje..lambat je la..huhu

AzizMostafa said...

• Menulis dalam tulisan Jawi/Arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
-
Sepenuhnya benar!
Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Sahaja 17 huruf yang manis + tari-menari.
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indo tidak mengetahui.
-
Semarak Jawi + Khat
http://typophile.com/node/74436
------------------------
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

Kalamhati said...

>>AzizMostafa: thats true...tq sudi jenguk dan komen

Unknown said...

akak..jemput join giveaway saya ya!

Kalamhati said...

>>Yong: waah ada GA lagi!orait yong..tq sbb bgtau..=)

ISZA said...

saya tak kidal tapi aktiviti yang saya lakukan macam orang kidal..

contohnya.. cara pegan gunting..

ni mak saya katalah.. ibu.. memang prihatin kan..

Kalamhati said...

>>Isza: hehe ibu memang prihatin..
tapikan satu je saya buat keje ngan tgn kanan..yg ni memang tak bleh kiri..iron baju!pegang iron ngan tgn kanan tau...hehe