Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, November 12, 2010

CORAT-CORET KEPUTUSAN UPSR 2010..

Salam semua..huhu semalam tak sempat online..Agak kebizian..So jadilah belated update untuk keputusan UPSR semalam..Lambat pun nak share gak kegembiraan..Belum basi lagi kan..heheh

Seperti yang kita sedia maklum...semalam keputusan UPSR diumumkan..Dan sekolahku mencapai keputusan yang agak mengejutkan jugak la apabila seramai 45 orang berjaya mendapat 5A berbanding tahun lepas seramai 32 orang..

Satu keputusan yang menggembirakan dan juga menakutkan..hehe gembira kerana ramai murid yang berjaya..berkat usaha mereka serta doa dari ibu bapa serta guru..berkat setipa hari baca Yaasin di sekolah..alhamdulillah..Hasil yang membanggakan..

Menakutkan kerana tahun depan terpaksa maintain result yang bagus..huhu satu tugas yg cukup berat untuk guru2 tahun 6..Harap mereka lebih bersedia..

Baca paper hari ni, result UPSR tahun ni merupakan result yang terbaik antara UPSR sebelum2 ni..Mereka makin bijak nampaknya..atau soalan mudah?hehe apa2pun mereka dah berjaya..Ku tumpang gembira..

Jom tengok keadaan di sekolahku semalam sewaktu result diumumkan..wajah risau..wajah gembira dan terharu..wajah sedih..

Cuak!

 Cuba menenangkan kawan barangkali..

 Dan pengumumannya..

Pelukan tahniah..

Kejayaan berganda...dia dapat 5A

Twin dia pun dapat!..

Tangisan gembira..kejayaan tak disangka..4A1C

Kami dah buktikannya!

Wajah-wajah ceria..

Huk syahdu..pelukan dan tangisan gembira dari seorang ibu..

Tangisan dalam gembira..

Murid kelas yang ketiga..berjaya mendapat 4A1C..

Sedih..merenung masa depan..

Tahniah kepada semua calon UPSR seluruh negara yang berjaya..Tahniah juga kepada anak sedaraku Hannan dan Arif Faizal..nanti Cik Tiey belanja ye!hehe

Perjalanan masih jauh..ini hanya langkah pemula..masih ada ruang untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang..Selamat belajar dan terus belajar!..

Wassalam...



15 comments:

LyNn HaMzAh said...

tahniah utk mereka semua yang berjaya...

Gayahspears said...

tahniah bg pelajar yg dapat 5A

Rina Rossoneri said...

tiba2 teringat zaman sekolah

eelobor said...

penat lelah seorang guru masih boleh lagi tersenyum apabila melihat kegembiraan anak didiknya.

Nur Azila Ismail said...

akak2 zila pun dapat 5A . hehe tapi tahun 2005 . nak hadiah jugak :P hehe gurau jer kak :)

tahniah buat murid2 akak :)

sarah-najwan said...

tahniah yer..mmg perkara pling takut..nk menten prestasi..huhu

ISZA said...

tahniah.. memang itulah yang sering diharapkan bila keputusan meningkat.. tingkatkkan lagi dan lagi dan lagi..
:)

Kalamhati said...

>>LYNn & Gayah: tq..=)

>>eelobor: huhu betul tu..terharu sungguh semalam tgk dorang tho tak ngaja subjek UPSR..

>>hehe nak adiah kena pass with flying colors SPM nnt..baru akak bg adiah..hehe tq zila!


>>ummi sarah-najwan: tq akak..betul tu..seronok memang seronok tp bila tiba bab nak menten prestasi..tu yg tak brape seronok sket..huhu

>>Isza: huhu memang betul..bagi betis nak peha..hehe

noreed said...

tahniah kepada pelajar yg berjaya, kepada yg tidak jgn bersdih terlalu lama keran ini just a small step for the big world. tahniah juga kepada para guru yg dengan ikhlas memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu

AmirSyah Mazlan said...

nyesal dulu upsr tak buat betui2.. cikgu, buleh amik skali lagi x? haha

Unknown said...

Tahniah kepada yang berjaya! Buku latihan lama jangan buang ya. Kasi derma sama junior atau saudara mara.

siMpLY nana said...

tahniah kepada adik2 ku yg berjaya...teringat masa zaman dulu2 lak.time kite2 ni, susah sgt nk dpt straight A seperti sekarang...

Cheqna said...

tahniah kepada pelajar2 sekolah KH..alhamdulillah..kepada yg kurang berjaya, tak pe, insyaAllah akan berjaya juga di masa2 akan datang.

:-)

Kak Ida said...

salam,

tahniah kpd yg berjaya..tahniah juga kpd guru2 yg bekerja keras demi kejayaan murid2

Unknown said...

kdg2 terfikir juga..soalan senang ke? atau budak2 ni da ramai yg bijak?