Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, November 4, 2010

CALON SPM 2010 BAKAL HADAPI DUA UJIAN..

Kementerian Pelajaran Bersedia Hadapi Kemungkinan Banjir Semasa SPM
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran bersedia menghadapi seebarang kemungkinan termasuklah jika kejadian banjir berlarutan sehingga musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula 23 November ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian telahpun mengenal pasti kawasan yang berisiko dilanda banjir, dan sekiranya ia berlaku calon-calon peperiksaan berkenaan akan dipindahkan ke sekolah berhampiran.
Asrama juga akan disediakan dengan kemudahan makanan untuk mengelakkan kesukaran yang mungkin dihadapi oleh calon untuk ke pusat peperiksaan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2010 di sini Rabu.
Alimuddin justeru berkata, calon-calon SPM tidak perlu bimbang mengenai perkara itu dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara tersebut yang akan disebarkan melalui sekolah dan media massa.
"Sebagaimana kita tahu peperiksaan ini tidak boleh diubah masanya, jadi pelajar-pelajar ini akan diberi kemudahan untuk memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan ini," katanya.
Sehingga hari ini, jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir meningkat kepada lebih 27,000 orang dengan Kedah mencatat jumlah tertinggi iaitu 20,902 orang.
Jumlah sekolah rendah dan menengah yang ditutup akibat bencana itu pula meningkat kepada 60 buah, dengan 26 daripadanya di Perlis, 21 di Kedah dan baki 13 di Kelantan.
Sementara itu Alimuddin berkata kementerian telah mengarahkan agar semua pengetua dan guru besar di seluruh negara agar mengutamakan keselamatan pelajar dalam isu tersebut.
Beliau berkata sekiranya paras air di sesebuah kawasan itu boleh menimbulkan bahaya kepada pelajar, mereka perlu menutup sekolah dan memaklumkan Pegawai Pelajaran Daerah mengenainya.
"Kita tak boleh kompromi dari segi keselamatan pelajar. Guru-guru juga walaupun sekolah ditutup, mereka masih perlu melaporkan diri di Pejabat Pelajaran Daerah yang berdekatan atau sekolah-sekolah berdekatan supaya mudah untuk dihubungi," katanya.
Ditanya mengenai perkembangan siasatan dakwaan seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan yang menggunakan seterika untuk mengejutkan pelajar solat Subuh, Alimuddin berkata beliau telah menerima laporan awal mengenainya daripada Jabatan Pelajaran Negeri, namun ia hanya memaklumkan mengenai situasi kejadian.
Beliau telah mengarahkan agar laporan lengkap disediakan berhubung isu tersebut, termasuk siasatan rapi dan cadangan hukuman yang wajar diambil oleh pihak kementerian.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan laporan polis telah dibuat mengenainya, oleh kedua-dua pihak pelajar dan guru terbabit.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran sebelum ini, mengarahkan Pengarah Pelajaran Kelantan menyiasat dengan terperinci dakwaan kes dera membabitkan dua pelajar yang mendakwa diseterika oleh seorang warden, yang juga guru sekolah, sebagai cara untuk mengejutkan pelajar menunaikan solat Subuh di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan 12 Oktober lalu. -BERNAMA
--------------------------------------
Bukan semua la..yg berada di kawasan tertentu yang dinaiki air..Pasti akan menghadapi 2 ujian sekaligus..Bertarung dalam peperiksaan dan juga ujian banjir..Terpaksa menduduki SPM walaupun banjir..Dugaan yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka..Semoga segalanya dipermudahkan..insyaAllah..

3 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Wan, deme peksa, akak marking paper!

Moh gi blog akak, keputusan Peraduan ke 2 dah kuor! Tengok nama Yong ada tak?

Unknown said...

olo..sian dorg nk exam T__T

Kalamhati said...

>>Kak Halima: akak jd examiner ye..hehe

saya baru jenguk blog akak td..sori lambat..huhu bz sikit lately..biasa la ujung tahun ni..


>>Yong: tu la..ujian atas ujian namanya kan..huhu