Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, November 4, 2010

BANJIR+KANAK-KANAK=LEMAS

(paras air time ni paras bahu ku tau)

Kenapa ku buat tajuk entry cemni..Sebab banjir dan kanak-kanak lemas cukup sinonim kan?Bila banjir melanda, kita akan dengar ada kanak-kanak yang jadi mangsa lemas kan..Tadi ku baca berita pasal ni gak kat mStar Online..klik kalau nak baca ye.

Then ku tengok eelobor pun buat entry pasal musim banjir@bah ni..memandangkan ku memang terror bab banjir2 ni hehe terror cemana tu..baca la selanjutnya..


Takdir atau kecuaian?Memang sudah takdir Allah..ajal maut di tangan Tuhan..Tapi kita juga jangan cuba menempah maut membiarkan anak-anak bermain air tanpa pantauan kita..Bila musim banjir je maknanya pantauan dan pengawasan gerak geri anak-anak perlu diawasi dengan lebih ketat lagi..

Ku sendiri, yang membesar di kawasan yang memang setiap tahun dilanda banjir..Mendiami kawasan kampung berdekatan tebing Sungai Kelantan..Memang dah biasa dengan banjir ni..Masuk bulan November je means bulan banjir..perlu mempersiapkan apa2 persiapan yang patut..

Golongan lelaki atau ayah2 biasanya akan betulkan sampan2 untuk kegunaan banjir nanti..Tanpa sampan tak dapatlah bergerak..Masa arwah ayahku ada, waktu2 begini dia akan turunkan salah satu sampan ke sungai..Bersihkan sampan..tampalkan jika ada kebocoran..

Dan bila air sungai melimpah ke tebing..rumahku dah ada air dah kat bahagian dapur..sebab kedudukan rumah ku di kawasan agak rendah..Waktu ni mak dan kakak2 akan keluar pegi ke pasar atau kedai utk beli stok makanan..Memang kena beli sebab kadang2 kalau banjir besar memang susah nak dapat keperluan penting seperti beras, minyak dan sebagainya..

Setiap kali banjir, akan kedengaranlah berita dari orang2 kampung, anak si polan si polan meninggal..Bila tanya sebab..''Mak tak sedar anak turun main air".."Mak tinggal anak sekejap je gi amik nasik untuk suap anak..tengok2 anak dah hilang"..Yang lemas tu biasanya anak2 yang masih kecil..Tak tahu apa2..yang masih merangkak pun ada..Mak tinggal anak sekejap tanpa fikir anak mungkin merangkak ke pintu rumah dan jatuh ke dalam air banjir..

Kenapa la tidak ditutup saja pintu rumah..rumahku pun memang ramai kanak-kanak riang..Anak2 kakak ku yang memang 'enthusiastic' semuanya..Jenis tak takut air..pantang pintu rumah bukak je terus nak terpa..Tapi biasanya memang pantau betul2..dorang takkan turun ke tangga tanpa ada orang tua teman...Mak memang jaga betul..Mau nak kena marah ngan nenek dorang kalau tak dengar kata..

Budak2 memang excited tengok air..tak fikir takut or pe dah..Ibubapa yang perlu awasi mereka sentiasa..Jangan malas nak bergerak..pakai mulut je takkan jalan..nama pun budak2..Jangan kerana kelalaian kita, kita akan menyesal seumur hidup..Jumpa2 anak tu sudah tidak bernyawa lagi..Nauzubillah..

Kalau nak tgk cemana banjir kat kampungku..Boleh tengok entry ku yang lama kat sini..Kalau nak la...hehe

8 comments:

Rina Rossoneri said...

huuu banjir yg teruk...

tiba2 teringat kat anak buah..dia mmg suka air,tapi bila nampak air yang seluas laut,sungai,swimming pool, dia tersangatlah takut,wpun dalam bilik air,kalau boleh nak duduk dalam tuh..

Kalamhati said...

>>rossoneri: bagus jugak kalau dia ada perasaan takut gitu..dlm bilik air tu takpela sebab takde yg bahaya sangat...kecuali ada kolah..

ISZA said...

tak tahulah nak kata apa kan..
perkara macam ni.. leka sesaat apa2 pun boleh berlaku..

langkah terbaik.. macam kata kalamhatilah.. sentiasa pantau..

Kalamhati said...

>>Isza: betul tu..kalau saya kat umah..memang berlari-larian kejar bebudak ni..pantang pintu umah bukak mesti dorang berlari..sbb nak tengok air..

cik hani said...

tulaaa...sekarang musim kan..bahaya..
jagalah anak2.jangan biarkan mcm tu je.. :)

Kalamhati said...

>>cik hani: tanggungjawab ibubapa tu..kena jaga anak2 btul2..dan jangan leka

Unknown said...

banjir bukan setakat kena jaga anak jer,kena jaga juga penyakit bawaab banjir seperti taun.

Kalamhati said...

>>Mohammednajib: betul tu..masa ni la taun akan merebak..memang kena jaga kebersihan..