Sekadar membantu rakan-rakan yang belum betul2 memahami konsep iklan dr Nuffnang..maybe ada yang terlepas pandang tentang perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk blog kita terpilih ke dalam kempen iklan..Sekadar berkongsi..Peringatan untuk diri sendiri gak..
Apa perlu saya lakukan untuk dipilih ke dalam kempen iklan?
Terdapat beberapa faktor yang diambil kira semasa kami memilih blog yang sesuai:
- Demografik pembaca blog
Pastikan semua anda dikemaskini dari masa ke semasa, ini dapat membantu pihak advertiser untuk mengenali blog anda dengan lebih baik. - Lokasi ruang iklan di dalam blog
Pihak advertiser telah membelanjakan wang yang banyak untuk rekaan dan pembelian ruang iklan. Oleh itu, mereka hanya memilih blog yang mempunyai lokasi ruang iklan yang optimum.
- Unit iklan Skyscraper perlu berada pada lokasi paling atas di dalam bahagian sidebar dan tidak pada bahagian lain. >> paling atas ye..jangan benda lain yg teratas
- Unit Leaderboard perlu menjadi elemen pertama dan berada di lokasi paling atas dalam halaman blog anda, dan >>yang ni pun sama..jangan serabutkan bahagian atas dengan gambar2 tak sepatutnya
- Unit Large Rectangle perlu diletakkan pada akhir artikel blog pertama atau teratas di dalam blog anda.
- Jenis unit iklan yang tersedia di dalam blog
Pihak advertiser membahagikan bajet mereka secara sama rata kepada tiga unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle). Sekiranya blog anda mempunyai kesemua jenis unit, anda dapat meningkatkan peluang untuk menjana pendapatan daripada beberapa kempen berbeza jenis unit iklan secara serentak. - Status eksklusif keahlian
Pihak advertiser akan lebih cenderung untuk memilih blog yang dimiliki ahli Glitterati Nuffnang kerana ia merupakan salah satu kelebihan program loyalti yang diberikan kepada ahli blogger kami yang paling setia. Ahli yang berstatus biasa tetap akan dipilih ke dalam kempen iklan, tetapi di dalam bilangan yang lebih rendah. - Tempoh keahlian
Sistem kami memerlukan tempoh 30 hari untuk meneliti konsistensi trafik blog anda sebelum ianya dapat dipilih untuk kempen iklan yang sesuai. Anda perlu bersabar dan yakin bahawa blog anda pasti akan dipilih dalam kempen iklan selagi ruang iklan di dalam blog anda adalah optimum.
Saya telah menghantar permohonan bayaran. Bila cek saya akan tiba?
Seperti yang dijelaskan di dalam polisi pembayaran kami, Nuffnang memproses permohonan daripada ahli Glitterati dalam tempoh 30 hari bermula pada akhir bulan permohonan tersebut dihantar (60 hari bagi ahli bukan Glitterati).
Seperti yang dijelaskan di dalam polisi pembayaran kami, Nuffnang memproses permohonan daripada ahli Glitterati dalam tempoh 30 hari bermula pada akhir bulan permohonan tersebut dihantar (60 hari bagi ahli bukan Glitterati).
Selepas itu, cek bayaran akan dikumpul dan dihantar kepada bank untuk proses pengesahan yang mengambil masa tambahan dua minggu. Sekiranya anda seorang ahli Glitterati dan telah memohon pembayaran pada mana-mana hari di bulan Ogos, cek anda akan diproses pada akhir bulan September dan dianggar akan sampai kepada anda pada minggu kedua bulan Oktober.
Sekiranya anda tidak menerima cek bayaran anda dalam tempoh yang telah dijelaskan, sila hubungi
kami untuk melaporkannya.Sekiranya anda masih mempunyai pertanyaan, sila rujuk halaman
kami untuk maklumat lanjut.--------------------------------
Harap dapat membantu..yang penting kena baca dan faham betul2..=)
19 comments:
Kalamhati: sume syarat2 kelayakan dah ada ni. ....hi3.....tunggu iklan masuk je lagi...:)
wah..tq kalamhati.....tapikan nuff ayu dah lama lari...
tq akak . :)
tgh blaja tentang nie
baru aja hantar untuk cek kedua
timekasih kak...kite dah lama nk tau pasal ni..
>>Zila: sama2 kita luaskan ilmu kita..akak pun masih merangkak lagi..cuma menyampaikan ilmu yg akak baca..=)
>>Sharinginfoz: whaa alhamdulillah..rezeki tu..saya masih berusaha untuk realisasikan hasrat memegang 1st check dr nuff..=)
>>Hani: memang akak nak hani baca..sebab tu akak letak sini..harap dapt bantu hani ye..=)
>>azzey: hehe insyaAllah tak lama dah tu..azzey sangat rajin BW dan tinggalkan komen..=)
>>Sis Ayu: sama2..huhu ada tu..dia nyorok jap..akak seru la sket..huhu mcm Ben aritu..baru seru kat entry..dah berkelip2 nuff dia..power lah!
Terima kasih atas penerangan panjang lebar bengkok dan lurus ini.. Hehehe
saya lak, letak jer iklan tuh. tapi tak tau apapun pasal nuff. apa itu BE, smua tak paham. cuma tgk ada la sket2 duit masuk.
salam dan tahniah. info ni amat berguna bagi blogger yang baru macam jz. untuk peringatan jz sendiri, boleh tak jz copy paste letak info ni d blog jz? jangan risau jz tetap akan backlink pada akak. ;)
bagus nyer kak bg penerangan yg bagus..saya pon skg msih kurang paham..nk terangkan kt org lagi la xleh..hehe
p/s=jemput join Giveaway yong ek
http://www.alinacshoppe.com/2010/11/giveawayalinac-membership.html
>>ProfHariz: sama2..akak juz panjangkan ilmu je..sbb ada yg bertanya..=)
>>eelobor: huhu kak chik memula dulu pun cemtu..letak je..pahtu taktau pun BE tu pe..ngatkan kempen tu BE..bary je faham n reti sikit2..=)
>>JZ: amik je JZ..akak pun copy dr Nuffnang..no problem..sharing is caring...=)
>>Yong: sket2 bleh la..akak pun baru faham..bleh la share...panjnagkan info..maybe ada yg tak terbaca kan..=)
insyaAllah Yong..akak dah jenguk td..=)
tq kak.. smoga trus disayangi nffng.. ;)
>>JZ: insyaAllah..mudah2an..=)
tq kak for the info..bunyi mcm senang je, tapi sbenanye susah gak nak dpt BE ni ye..
>>Ejen 010: betul tu sbb Nuffnang hanya sediakan tapak utk kita..yg nak memilih adalah advertiser tu sendiri dgn bantuan Nuff..
yg penting kena rajin update la kot...huhu
Yeahh...Cheq sokong~~
Cheq ikut cara ni
dalam masa sbln dh dpt BE pertama
hakhakhak
>>Mr Nakal: hehe gud boy!kena dgr cakap Inchik Nuff baru dapat upah kan?hehe
Post a Comment