Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, November 28, 2010

Apa jenis perangai kita nak kategorikan ni ye?




Ku dah lama berbulu mata dan hangat hati tengok perbuatan makhluk Allah yg pentingkan diri dan menyusahkan orang lain ni..

Pagi tadi lalu kat tong sampah besar ni, aih ada lagi yang buduh lg tak sekolah main letak je sampah kat tepi gitu je..Beratnya tangan nak lempar ke dalam tong yang besar depan mata tu..

Abang iparku selalu bengang bila nampak perbuatan ni depan mata dia..Dia siap boleh cam sapa2 yang tak bertanggungjawab tu..Yang paling kerap dia tengok sepasang suami isteri..kalau tak laki dia..bini dia yg campakkan sampah tu.. Just bukak pintu kereta dan lepaskan je plastik sampah tepi jalan..kereta je besar, hati dan akal berkarat..ikh memang geram..tak reti nak bersyukur..Dari satu tong sampah dah ditambah jadi dua buah dah..sama gak perangai..busuk macam sampah tu gak..

Lepas ni ku nak rekod ngan video camera dan report ke Majlis Daerah..takpun publish je kt Youtube biar satu Malaysia tengok..Haa baru berkesan kot..kalau tak insaf lg taktau la..Susahkan orang yang lalu-lalang situ dan kotorkan kawasan tu dengan sampah2 yg berselerak keluar dari plastiknya apabila binatang datang..huhu

Orang2 macam ni biasanya kt rumah dia macammana ek?Maybe kat rumah dia bersih berkilat kot.biasa la orang selfish ni kan..Or maybe gak perangai yg dipamerkan tu cerminan keadaan dia kat rumah..huhu jadilah masyarakat yg bertanggungjawab..Sampai bila nak bersikap begitu, ramai yang tak redha..Berkat ke hidup?Semoga Allah buka pintu hati mereka2 ini..bersyukurlah dengan kemudahan yang disediakan..Jika kita mudahkan kerja orang..insyaAllah akan mudahkan kerja kita..

**Maaf ayat kasar sikit..huhu geram

11 comments:

AiTotYati said...

salam,

di kwsn perumahan Ai, tong sampah setiap rumah adalah jenis built-in pd salah satu tiang pagar rumah. tapi ade makhluk2 yg byk duit lebih ni bli n letak tong sampah hitam di luar pagar rumah mereka.

masalah timbul apabila mereka tidak betul2 membuang sampah ke dalam tong sampah mereka. kadang2 Ai yg kena kutip sampah mereka tu.

betul2 kereta je mewah n pentingkan kebersihan rumah mereka je. buang sampah merata.

eh sori emo lak. sebenarnya kalau masing2 jaga kebersihan, ikat dan buang sampah betul2 setiap kwsn itu akan jadi bersih.
betul tak?

Kalamhati said...

>>AiTotYati:
betul tu..takpe kita emo utk benda2 yg sepatutnya kan..hehe lagipun Islam pun pentingkan kebersihan..kalau tak tak lengkap iman kita kan..

kejap je nak ikat sampah dan buang betul2..huhu bukan kena keluar duit pun..pelluh pun tak sempat keluar..

sarah-najwan said...

ni la sikap msyrakat kita...
nak kata xde otak
ada kat kepala
tapi rasanya..kat kepala lutut kot

yg buat mcm ni..
mmg kureng kesedaran sivik
jnji kwasaan rumah sdiri bersih
dah xkisah kwsan org lain..

nati kalu xde tong sampah..marahkan pbt sb xsediakn tong..
jika bg tong..haiihhh..diletaknya smpah kat luar tong..

kasihan org gini..sakit sbenarnya..
sakit suka buang samaph di luar tong..

teratai said...

selagi tiada kesedaran dlm diri utk menjaga kebersihan, selagi itulah negara kita tidak akan keluar dri kategori negara membangun! Kalau mak bapaknya buat begitu, mcm mana nak ajar anak, ini seperti "ketam mengajar anaknya berjalan lurus!"

Kalamhati said...

>>ummi sarah-najwan:
huhu meme geram sungguh nga orang hok otak duk lutut ni kak..saya kesian dengan pemilik rumah yg kt sebelah tong sampah tu..bau busuk dan kadang tepi simpang rumah dia pun ada yg bengong campak sampah situ..huhu


>>teratai:
betul tu..kesedaran sivik dan akhlak bermula di rumah..kalau tidak memang wariskan generasi yg sama macam dia jugak la..eeii

nazirulhazwan~ said...

makin lame org makin sengal. pelik betol, megaji smpi U, tp sengal.huh

cikgu isza said...

salam,
penat cikgu ajar masa bersekolah dulu kan..
dah besar tak reti2 juga..

Orange said...

Ajar budak-budak memang payah. Tapi ajar orang dewasa yang buat perangai cam ne...lagi payah...

::wan fadhilah:: said...

tak de kesedaran langsung.. cuba kalau di rumah dorang macam ni, mesti tak tahan.. sama la jugak dgn alam kita.. macam rumah kita jgk..

Kalamhati said...

>>naz:
memang dah tahap sengal la ni..orang tua2 kata:"cerdik tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar"..


>>Isza:
huhu tu la..kuciwa btul dgn orang2 cemni


>>Orange:
hmm btul tu..ajar budak2 leh piat tinga ke cubit pewut ke..ajar org tua ni macam ''anjing menyalak bukit" kot..(betul ke perumpaan tu)

>>wan:
betul tu..tp mslhnya mereka tak pernah cuba pkai otak..huhu

Solihin Zubir said...

orang kita.. mmg suka wat kerja mudah... degil! haish!