Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 18, 2010

Tragedi Bot Ekspres: Seorang Maut, Dua Hilang, 17 Selamat..

KUCHING: Seorang budak perempuang disahkan terkorban, dua lagi hilang manakala 17 dilaporkan selamat dalam kejadian bot ekspres berlanggar dengan sebuah kapal tunda di hulu Sungai Anap dekat Bintulu kira-kira jam 2.30 petang ini.
Ketua Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sarawak ACP Taib Sabot berkata berdasarkan kepada maklumat daripada mangsa yang selamat, ketika kejadian terdapat 20 orang dalam bot ekspress komersial itu termasuk pemandu.
Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih lagi giat dilakukan oleh pasukan PGM dengan bantuan pasukan Polis Gerakan Am (PGA) dan penduduk tempatan.
Katanya, keadaan cuaca gelap memaksa operasi SAR kini lebih tertumpu ke lokasi kejadian. - BERNAMA

sumber: mStar Online

-----------------------------------
Hmm semoga usaha mencari dipermudahkan..penah tengok rupa bot ekspres tak..ni la lebih kurang rupa dia....

credit to riezarchry




2 comments:

nuriz said...

bot ekspress pulak dah hari tu bas ekspress..malang tak berbau

Kalamhati said...

huhu tu la..di darat di laut mahupun udara..mana2 je ajal menanti kita..