Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 8, 2010

Tiada jodoh atau memilih?..Apa pendapat anda?

"Jodoh terletak ditangan tuhan...kita hanya merancang Allah yang menentukan....disini ingin saya sentuh tentang masalah lambat kahwin samada lelaki atau perempuan...Andartu & antartu lambat kahwin kerana tiada jodoh atau memilih???diharap anda semua dapat memberi pandangan dan pendapat..."


"Ini adalah topik yang menarik. Saya merupakan seorang gadis yang belum berkahwin, berusia 28 tahun (dalam bahasa yang tak sedap di dengar-andartu). Namun demikian, saya tak pernah merasa sedemikian, Apatah lagi kalau ada yang menuduh terlalu memilih. Ya saya memilih calon suami, tapi bukanlah terlalu memilih. Bagi saya perkahwinan adalah selama-lamanya, mencari suami adalah umpama mencari sebuah dahan yang kuat untuk berpaut, dunia dan akhirat...Kalau dahan pun reput sampai kemana saja rumahtangga itu. Tak guna berperahu bocor, kerana sewaktu berdayung ke tengah lautan, makin lama ombak dan arus makin kuat, makin banyak air masuk ke dalam perahu dan akhirnya jawapan yang pasti=KARAm!



Bagi saya bukan mudah hendah mencari suami yang tahu tanggungjawabnya sebagai suami, zaman sekarang ramai lelaki (bukan semua) yang suka ambil kesempatan atas nama cinta. Bila nampak perempuan tu macam boleh ditumpang, tak sedar tanggungjawab, terus buat janji manis= ajak nikah. Sebenarnya tanggungjawab tu besar, bukan senang nak meluruskan kami kaum wanita yang dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok!....

Maaf, saya bercakap dari pengalaman saya sendiri, dimana nyaris2 saya dijadikan isteri kedua dan dianiaya...Alhamdulillah allah senantiasa melindungi hamba yang benar...Biar jodoh lambat sikit dari membina kebahagiaan yang bersandarkan kepalsuan..."



Ini antara yang ku petik..dari pembacaanku dari laman2 dan forum2..ku hanya petik satu contoh.. 


Andartu atau sekarang ada nama baru 'andalusia'(anak dara lanjut usia)..dan antartu (anak teruna tua)..biasa dah kita dengar kan..yg lelaki jarang la orang sebut..yg perempuan biasa kita dengar kan..bila perempuan tu dah berumur lebih dari 28 tahun dan tak kahwin lagi maka title ni dgn rasminya akan jadi milik dia..


Anda mesti ada pendapat masing2 tentang ni kan?


Ikut pengalaman ku 'yang juga memegang title ni'..ramai yang kata ku memilih..nak cari yang perfect sangat..hehe..ku senyum je sebab ku percaya pada jodoh..


Betul ke lelaki hanya tengok perempuan yang dahi licin?yg kurang rupa ni kurang la sikit 'permintaan'nya..sebab melalui pengalamanku sendiri..ada yg siap bgtau nak 'yang putih melepak..pkai tudung labuh'..huhu


Apa yang sebenarnya lelaki cari  dari seorang wanita ek..


Ku pegang satu, kalau orang tu baik dan boleh sama2 bimbing membimbing..boleh dibawa berbincang..hormat orang tua..cukuplah..memilih ke gitu?huhu..


Meh pakat2 bagi pendapat..ku nak dengar pendapat kawan2..mana tahu berguna utk diriku ini..



9 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

bagi kak kan...soal gelaran andartu zaman sekarang dah tak ada dalam kamus...
kalau umur 28an,..tak sesuai pegang title tu...melainkan 40 tahun ke atas


memang jodoh ditangan tuhan,,,tapikan..sbagai orang lama dalam alam perkahwinan...semua itu adalah qada n qadaq...kena cari yang terbaik utk teman hidup dan seranjang..

so, ambil pendekatan...bila sampai masanya....'kun fayakun'

DKosongLapan said...

oghang sekaghang ni kerja yang paling penting....yang pompuannye...bile udah terlalu bizi..... itu yang terlupe nak kawen tuu.... bile dah tersedo mase tu dah terlambat....
tapi kalo yang udah beghusahe...tapi tak kawen2 jugakk.... susah nak cakap....rezeki oghang ni masing2.....

Kalamhati said...

Kak Ayu>> tu yg saya pegang..bukan tak berusaha tp org yg pilih kita..saya slalu positif je..yakin ngan jodoh yg Allah tentukan

Kalamhati said...

D08>> hehe sy keje cikgu je..bizi sgt tu idak ler..cuma saya ni jenis yg tak ramai kawan lelaki..

sekolah agama plak tu dulu..lg la jarang jumpa org lelaki...hehe..

Solihin Zubir said...

bagi golongan anTERtu plak, mungkin diorg dh serik nak cari jodoh sebab selalu sgt kecewa.. so, berserah jela.. ade, adela.. xde, nk wat cena.. huhu..

Kalamhati said...

huhu..sama je kes 'andartu' tu kot..pasrah je bila dh selalu dikecewakan..huhu

LadyBird said...
This comment has been removed by the author.
LadyBird said...

kite perlu memilih jodoh kite kak.. sebab kite diberi hak untuk memilih jodoh yang baik, yang boleh bimbing kite kepada-Nya. Bukan kerana kita dah berumur kite perlu tangkap muat jer sape2 yg nak kat kite, main bedal jerk.. baik x kawin andai suami kite tu penyamun ke, penghisap dadah ke, ataupun org "baik" tapi kikis harta isteri.. pakai harta isteri macam dia yg punya.. sdgkan itu hak isteri, die duk umah goyang kaki..

sakit hati lelaki yg suke ambik kesempatan pada kaum wanita kak.. xpe kak, sape kate tak kahwin x bahagia.. :D allah akan memberi kebahagiaan kepada kita.. dengan cara Dia.. jika kita redha dengan pemberian-Nya. InsyaAllah.

Kalamhati said...

betul tu LadyBird..akak setuju..Allah berhak bagi kita bahagia..tq utk komen yg membina ni!!..=)