Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 8, 2010

Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain..


Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatuyang tidak pelik.
Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah? 
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
Dimanakah malu seorang muslimah?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?
Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani


sumber: iluvislam


-------------------------------------


Hayati bait2 lagu yg dinyanyikan..bukan memuja Maher Zain itu wahai muslimah..huhu atau ini hanya tokok tambah dari pihak yg melapor sahaja?


Maybe terlebih excited sket kot sebab dorang pertama kali tengok kemunculan Maher..





10 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

teringat klik tube..

pelajar perempuan politeknik yang bernasyid tapi ala-ala mengalunkan dengan cara yang salah..

macam-macam kerenah dan perangai muda mudi...menganggap nasyid dan bentuk dakwah sebagai hiburan.,...

psst...apa yang baik ambiil dijadikan tauladan.yang buruk sebaliknya...

Kalamhati said...

ha'ah yg jadikan zikir sebagai lirik dikir barat tu ek..

insyaAllah..kita sama2 berpesan utk kebaikan..thanks kak!

eelobor said...

mcm mana nak komen eh? jika ada video atau gambar tu, kongsi2 yer.

Kalamhati said...

ikut maklumat dari adik2 kt gombak tu la kan..berita ni cem lebih2 sket la..huhu

dorang jerit hanya pada awal Maher kuar tu je..biasa la kagum ngan dia kan..

alinac lover said...

la yeke..sudah silap konsep la tu~

Kalamhati said...

excited kot..huhu

Solihin Zubir said...

maka gagal lah matlamat sebenar konsert itu diadakan..

SYaMiLa said...

matlamat sebenar konsert tu kiranya dh gagal la kan...huhuhu

Kalamhati said...

nak kata gagal tu tak la kot..cuma tak berapa manis la menjerit..maybe juz tepuk tgn je ke pe...tak perlu jerit tho excited or terharu pun..=)

kue said...

xpat0t-xpat0t