Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 25, 2010

TIADA AEDES TIADA DENGGI..

Jawatankuasa Wabak Denggi Peringkat Daerah Diwujudkan Di 33 Kawasan
KUANTAN: Jawatankuasa Wabak Denggi Peringkat Daerah diwujudkan di 33 kawasan seluruh negara bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes di kawasan berkenaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata jawatankuasa itu adalah satu jawatankuasa yang melibatkan semua agensi di peringkat daerah termasuk Kesihatan, polis, Majlis Daerah, sekolah, penghulu dan lain-lain dengan Pegawai Daerah selaku pengerusi perlu mengadakan mesyuarat setiap minggu untuk memantau keadaan.
"Setiap minggu mesyuarat diadakan, maka maklumat berhubung wabak ini akan dibincang dengan teliti," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja pencegahan wabak denggi di Taman Tas di sini, Ahad.
Liow berkata setakat ini 33 kawasan berkenaan dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai wabak denggi, manakala bukan kawasan wabak turut digalakkan untuk menubuhkan jawatankuasa itu terutama di kawasan bandar.
Kes denggi banyak berlaku di kawasan bandar memandangkan ia mempunyai perumahan yang banyak dan ramai penduduk, katanya.
Liow berkata bagi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai bahaya demam denggi, kompaun turut dinaikan daripada RM100 kepada RM500 bagi kesalahan pembiakan nyamuk aedes.
Sementara itu, statistik di Pahang menunjukkan daerah Kuantan mencatatkan peningkatan kes denggi paling tinggi di negeri itu dengan 106 peratus iaitu 668 kes dilaporkan sepanjang tahun ini berbanding 334 kes pada tahun lepas.
Jumlah itu diikuti daerah Temerloh dengan 119 kes, Maran 90 kes dan Rompin 75 kes yang sekaligus memberikan jumlah peningkatan sebanyak 68.7 peratus di negeri ini.
Berikutan itu, beliau meminta pemimpin tempatan memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada penduduk terhadap kepentingan mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi hingga boleh membawa maut. -BERNAMA
----------------------------------
**Pesanan untuk penduduk Pahang..Jangan biarkan aedes hancurkan hidup kita..Awasi tempat pembiakan aedes..Anda mampu mengubahnya..anda yang berada di tempat lain pun perlu beringat juga ye..Semoga kita semua dilindungi Allah dari penyakit2 berbahaya ni..

    2 comments:

    cikgu isza said...

    budak pejabat sini masuk hospital sebab demam denggi..
    bahaya sungguh..

    Kalamhati said...

    >>Isza: hmm ye ke?memang kena berjaga2..demam je kena cepat pegi klinik..