Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 2, 2010

Sesedap oren je..

Bukan nak cerita pasal oren..huhu..peribahasa baru la kiranya tu..hehe pandai2 jer..kira cem ganti term sesedap mulut la..

Nak cerita pasal mulut sebenarnya..bak kata pepatah 'Kerana mulut badan binasa'..Ku sebenarnya memang berbulu telinga dan tak boleh dengar perkataan2 mencarut yang keluar dari mulut anak2 murid..

Makin lama makin ringan jer mulut dorang ni keluarkan kata2 yg tak elok.. cem makan kacang jer..cakap sket menyumpah..cakap sikit mencarut..nak pinjam pensil or barang dari kawan pun sempat..bukan nak pinjam elok2 tapi panggil kawan dengan 'bo*oh'..'beng*ng'..

Ya Allah rasanya setiap kali masuk ngaja..telinga mesti dengar perkataan2 yang tak sepatutnya keluar dari mulut kecil ni..yang darjah 1 ngan 2 pun takk kurang jugak..pengaruh abang2 ke apa tah..takkan mak ngan ayah kat umah selalu sebut gak..ntah la

Minggu lepas paling buat ku melenting..ku masuk kelas tahun 6 yg last skali..dorang memang tak belajar dah skang ni..tp perlu masuk gak tengok dorang wat aktiviti indoor games..ada yang main caroom..ada yg main monopoli..congkak dan macam2 yg disediakan..

Ku duk kat meja je sambil wat lesson plan soknya..geng murid2 yg suka mencarut ni tengah main caroom..tetengah dorang main tu ku dengar je perkataan bod*h yg kuar dari mulut dorang..tak terkira..juz tengok n tegur jangan cakap lagi je

Then, maybe tengah2 syok main tu lupa yg ku ada kat kelas tu kot..tetiba yang sorang tu tak puashati ngan kawan dia..main tipu ke pe tah..dengan kuatnya dia mencarut..haahh!!ku terkejut sampai terbangun terus..memang berapi betul..spontan je keluar ayat ''awak nak rasa penampar saya ke?!" haa amik kau..geram sungguh!bukan berani pun ku nak tampar..gertak je..dia pun cem terkedu..

Hikkhh!pe nak jadi..sedih btul tengok cara bebudak ni bercakap skang..dah takde sopan dah..yang sopan sikit pun dari kelas2 yang awal2..tu pun dah teracun sama dah...bila ada sorang ketua dalam tu yang lain terikut2..budak2 ni cepat terpengaruh..

Bukan ku sorang je risau..cikgu2 lain pun selalu mengadu tak sedap telinga dengar cara bebudak ni bercakap..sangat kurang sopan..sekolah kat bandar ku taktau la..ni pengalaman ku ngaja kat kawasan kampung..

Sekadar lepas rasa hati..huhu ada ubat ke yang boleh bagi dorang minum..cem tonik 'bercakap sopan'..kena mintak ngan Doraemon nih!!hehe

Bahasa kan cermin peribadi kita..



10 comments:

ISZA said...

saya kan.. kalau mencarut yang lucah2 tu.. memang pedas ayat saya balas..

malas jer nak cerita kat sini..

Kalamhati said...

huhu memang geram kan?isza ngaja sekolah menengah kan?lagi dasat ayat bebudak ni kan?..

noreed said...

semakin hari semakin berat tanggungjwb cikgu kan. kenakalan budak2 zaman skrang semakin mencabar minda

Kalamhati said...

yup btul..tetambah budak skang tak bleh ditegur sangat..masalah nak ngaja satu hal..masalah disiplin lagi la buat kepala cikgu pusing..huhu

Nur Azila Ismail said...

budak2 sekarang makin teruk sahsiahnya

Kalamhati said...

betul tu..zila mesti pelajar yang baik dan sopan..=)

aitotyati said...

salam,

persekitaran yg buat mereka begitu. sbb tu peranan keluarga besar. ape2 semua bermula dr rumah. kalau asa dah kukuh, campaklah kt mana pun Insyaallah tak hanyut.

ni asas agama tak kuat, asas budi bahas hancur, maka dgn mudahnya cakap yg tut tut.

ape yg selalu saya buat, akalu saya dgr pljr saya tu panggil kwn dia ba*i, saya akan panggil si pemanggil tu guna perkataan tu jugak. bari dia tahu best ke tak dipanggil begitu.

berkesan!!!

(^_^)

awaniz said...

biasanya perkataan yang digunakan berdasarkan apa yang selalu dengar. kalau dekat rumah, asyik dengar mencarut2, so akan dibiasakan di luar.. tapi kalau kat rumah dengar orang mengaji,tahlil etc , mesti kat luar time marah hanya cakap "Ya Allah!"..

segalanya bermula di rumah..

kalau di sekolah,mungkin cikgu patut mengenakan denda sekiranya pelajar menggunkan bahasa kasar. lama-kelamaan mereka akan terbiasa.Eloknya bermula di sekolah rendah, sebab bila dah semakin meningkat remaja, perasaan memberontak amat tinggi. Silap2 cikgu yang kene balik..

Kalamhati said...

AiTotYati: btul tu..ada penah ustazah kt skolah ni buat gitu..memang terkedu dorang..ustzh tu siap cakap lagi:

"kalu awk menganjing kan orang lagi..cikgu2 akan memba*i kan awak..haaa senang"

Kalamhati said...

Awaniz:
btul tu awaniz..kesedaran bermula di rumah..kalau ajaran di rumah mcm tu..kt skolah pun macam tu la gak..

denda memang dah denda tp mcm liat sket nak berubah..tambahan pula skang ni cikgu tak bleh sentuh budak sgt..nak rotan or denda lelebih pun payah..nnt cikgu lak kena dakwa..huhu