MADINAH: Peristiwa pertempuran hebat antara 700 pejuang Islam dan 3,000 tentera Musyrikin Mekah pada tahun ketiga Hijrah di Bukit Uhud di sini meninggalkan kesan amat mendalam dalam hati sanubari jemaah haji Malaysia yang menziarah medan pertempuran itu.
Seramai 70 sahabat Nabi Muhammad S.A.W. syahid dalam peperangan ini antaranya bapa saudara baginda Saidina Hamzah Abdul Mutalib, ketua pemanah Abdullah Ibn Jasi dan pembawa panji tentera Islam, Musah Ibn Umair.
Rasulullah sendiri mengalami kecederaan dan terpaksa mencari perlindungan bersama keempat-empat sahabat baginda di gua Uhud akibat serangan hebat tentera Musyrikin. Peperangan itu dimenangi tentera Islam.
Jemaah yang mendengar penerangan mengenai pertempuran bersejarah itu oleh muzawir (pemandu pelancong) yang disediakan bahagian Bimbingan, Ibadat dan Ziarah Tabung Haji (TH) menjadi terharu dan pilu.
Malah seorang guru dari Kota Baharu, Kelantan, Rohana Ahmad, 48, mengalirkan air mata semasa ditanya perasaannya mengenai kesukaran yang ditempuh Rasulullah dalam menyampaikan syiar Islam.
Suaminya, Zulkifli Mamat, 50, tidak mampu meluahkan perasaan beliau dan membiarkan Rohana bercakap.
"Pengorbanan umat Islam dahulu menginsafkan saya. Hasilnya, Islam hari ini berkembang ke seluruh pelusuk dunia," kata Rohana semasa ditemui pasukan media Tabung Haji yang membuat liputan haji tahun ini semasa melakukan ziarah luar di Bukit Uhud, 3 km dari arah utara Madinah, pada Selasa.
Program ziarah sunat di sekitar Madinah diatur bahagian tersebut, disertai lebih 1,000 jemaah yang tiba dengan penerbangan KT1, KT2 dan KT3.
Pengurus bahagian tersebut, Mohd Razali Zakaria berkata perkhidmatan tambahan TH itu dibantu 123 muzawir terdiri daripada pelajar Malaysia yang berlajar di universiti di Madinah.
Beliau bekata banjir besar yang melanda kawasan itu pada 1940 menyebabkan mayat para shuhada tersebut timbul dan kerajaan Arab Saudi mengebumikannya semula.
Tempat lain yang diziarah ialah Masjid Qu'ba, masjid pertama didirikan Nabi Muhammad di Madinah pada tahun pertama Hijrah di Kampung Ibnu Amru Auf, 3 km di selatan Madinah.
Menurut beliau ganjaran mengerjakan solat di Masjid Qu'ba sama seperti sekali mengerjakan umrah.
Tempat lain yang diziarah ialah Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat), Masjid Tujuh dan Mazra' (ladang tamar). - BERNAMA
Sumber: mStar Online
------------------------------------
Tiba-tiba hati terasa sangat rindu untuk menjadi tetamu Allah lagi..Rindu untuk melihat Rumah Allah yang mulia..moga2 ada rezeki untuk ke sana lagi,,insyaAllah
4 comments:
Salam ziarah dan salam perkenalan,
ya, saya juga sangat terharu semasa berada di sana pada tahun 2007..cuba membayangkan situasi para sahabah dan Rasulullah SAW dalam medan Perang Uhud ... terbayang2 dan seakan terdengar derapan kaki-kaki kuda berlari...
betapa saat saya sangat merindukan Madinah....dn Mekah...semoga Allah murahkan rezeki saya suami/keluarga agar dapat menjejakkan kaki lagi ke sana..Amin
insyaAllah..sama2 kita berdoa moga dijemput lagi menjadi tetamu Nya..=)
perang uhud menjadi pengajaran yg berguna kepada setiap umat Islam..
yup..pengajaran besar agar kita tidak leka dan lalai dgn nikmat yg ada depan mata..bimbang kita kufur dgn nikmat dan musuh senang nak serang hendap...huhu nauzubillah
Post a Comment