Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 16, 2010

Pelakon Yalal Chin meninggal dunia..


PETALING JAYA: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.
Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.
Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.
Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.
Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

sumber: mStar Online

----------------------------------------

Al-Fatihah..semoga roh beliau ditempatkan bersama2 orang mukmin yang dikasihi Allah..amin

3 comments:

Nur Azila Ismail said...

innalillah . industri seni kehilangan seorg lagi pelakon

Kalamhati said...

hmm btol tu zila..dia pelakon hebat gak..

Solihin Zubir said...

innalillah... Al-Fatihah...