Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, October 19, 2010

PANDUAN MENULIS ULASAN BLOG (BLOG REVIEW)..

(Diambil dari blog Ustaz Cahaya)


Time ku buat kembara ilmu dari blog ke blog tadi, ku berkenalan dengan blog Ustaz Cahaya..Wow!banyak ilmu yang beliau kongsikan dengan para pembaca..Dari kisah perjalanan hidup beliau hinggalah pelbagai tutorial berkaitan dengan blogging yang beliau kongsikan..

Dan ku tertarik dengan entry ''Panduan Menulis Ulasan Blog"..Cara penerangan beliau sangat jelas berpandukan soalan2 contoh yang beliau berikan..Saya memang berniat nak buat review blog teman2..Saya nak fokuskan kepada kawan2 blogger yang sangat baru..yang follower tak lebih dari 100..

Tapi hasrat tu masih terkubur sebab saya masih lagi belajar tentang cara yang paling mudah dan terbaik utk review sesuatu blog..Yang paling penting dari sudut teknikal..saya pun masih bertatih lagi..Susunan blog pun tunggang langgang lagi..huhu

Tapi tak mustahil suatu hari nanti, impian ni jadi nyata kan?

Ok..saya share kan sedikit muqadimah panduan ulasan blog then selebihnya anda boleh baca directly dari blog Ustaz Cahaya ye..




Asas menulis ulasan blog ada tiga, iaitu:
1. Sebuah blog yang hendak diulas.
2. Senarai soalan berkaitan blog yang hendak diulas.
3. Jawapan untuk senarai soalan tersebut.

Seeloknya, perbincangan kita kali ini bersifat tutorial. Anda baca dan anda buat. Jadi, untuk tutorial ini anda gunakan sebuah blog milik anda sendiri sebagai subjek. Jadi, boleh juga ulasan itu nanti anda gunakan untuk pertandingan menulis ulasan blog yang akan diadakan di blog ini;-)

Jadi, asas ulasan anda adalah seperti berikut:

1. Subjek ulasan: Blog sendiri.

2. Senarai soalan: Sediakan soalan-soalan yang anda fikirkan akan ditanya orang tentang blog anda atau soalan-soalan yang anda mahu orang tanyakan tentang blog anda.

3. Jawapan soalan: Ini adalah proses menulis ulasan yang sebenar. Kita bincang ini di bawah.
Baca selanjutnya >>> sini


14 comments:

eelobor said...

saya main hentam jer...syok sendiri. hihihi

Unknown said...

eelobor...
kak ayu pun sama...ala-ala syok sendiri...adeh...hehehe

Kalamhati said...

>>>eelobor & sis ayu: hehe betul gak kan?kalau yg informal lebih rasa santai nak baca..

Unknown said...

yong pon main hentam ja tulis blog..
tp smakin baik da rasanya..susunan ayat makin betul

sbb dulu nyer penulisan..peh! malu nak bacs smula..nmpk sgt x matang~

Kalamhati said...

>>>Yong: hikhik..takpe kita semua kan mmg bermula dr bawah..=)

ISZA said...

pelan2 kayuh tapi selalu juga semput.. :)

Sharinginfoz said...

thanks for sharing, kalau saya suka style KISS (keep it short and simple)

sarah-najwan said...

akak pom belasah aje tulis..hehe..tapi masih terikat dgn hati2 agar tidak menyinggung mana2 pihak kan..manalah kita tau..

kdg2 ingat suka2 aje..tapi ada yg terasa..xmo gtu..hepi2 blogging

Kalamhati said...

>>isza: huhu betul tu..jgn sampai semput..stay cool je..=)



>>>Sharinginfoz: sama2..jaz share mana yg rasa perlu kita tahu..=)


>>Sis sarah-najwan: btul tu kak..if kita tulis psl diri kita..org tak bleh nk komen pe..tp bila tulis tentang sumting or someone mmg kita kena hati2 sket ngan ayat..manalah tau ada org tersinggung kan..

apa yg penting, kita blogging tanpa rasa tension!..=)

shahrilhakime said...

awok tak penah lagi buat review blog oghang..... teghingin nak buat....dan bile nak buat ni ....awok ghase perlu ambik mase sikit...... sebab kite at least kene tau basic pasei owner blog tuuu...

Nur Azila Ismail said...

harap akak dapat ulas dgn baik :)
x saba nak baca

Kalamhati said...

>>>D08: btul tu..awok ni masih lagi duk kumpul ilmu..nak baca dulu tip2 yg bagus dan yg penting mudah..
nak buat review bukan setakat tengok seminit dua je blog tu kan..kena study dan kenal betul2..apa konsep blog tu..then baru bleh mula



>>>Ziela: tungguuu..hehe nnt akak review blog zila..malam tadi blog zila dah bertuah sbb dipilih Bro Ben Ashaari utk review kan?hehe bravo!

Unknown said...

ada cara yang betul buat review ek...
saya belasah jer guna bahasa sendiri.. harap takde la yang ter offended heeh
kuman "Windows Live Writer.." Entry

Kalamhati said...

hehe rasanya tak perlu ikut format sgt kan..janji review kita lengkap..dan kita tahu betul2 tentang blog yg kita review tu kan dr segi strength dan weakness yg perlu diperbaiki..