Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, October 26, 2010

MAAF ENCIK..SAYA TAK MAKAN SAMAN..SAYA MAKAN NASI..=D



Haa itu la tak makan saman lagi..kan dah kena makan saman..Ku parking kereta kat depan klinik tapi tak letak kupon parking..Sebab ku takde kupon parking dalam kereta al-maklum la sekarang ku pakai kereta my sis jap..

Masa kat dalam klinik tunggu turn jumpa doktor, ku nampak pekerja2 MPK turun dari van..segerombolan gitu..hehe serang tempat parking..Kalau nak berlakon buat2 nak naik kereta pun dah tak sempat..Lalu ku biarkan je la..Letaklah kak nak letak..huhu

Bila la kupon parking tu nak ditukar ke slot syiling..takde la sesusah nak menggoreng menggores..masuk je syiling berapa lama nak parking..

Terbanglah RM5 nanti..Keluar je dari klinik ku terus pegi ke bandar..Bank in kan duit kat Alinac Shoppe@Yong..ku beli beberapa produk dari Yong..kalau berminat boleh la jenguk blog Yong k..(sempat lagi promote tu..hehe sambil menyelam sambil minum air..burrp kenyang..=p)

Then singgah MPK bayar kompaun..masa bayar tu teringat yang kereta ku juga pernah kena kompaun...Lalu ku mintak dia check berapa kompaun ku kena utk keretaku..What?!Ada 2 kompaun!Satu RM15 sebab yang sama. tak display kupon parking..dan satu lagi RM30 sebab parking kat salah tempat..huhu baru ku ingat.ku parking kat depan kedai kain Alamoda..kotak parking tu sebenarnya dia dah padamkan..tp cat dia cem terang je..Ku yg jarang datang situ dengan sulacitanya parking..maka dengan penuh bangganya kuncu MPK menyaman orang yang tak makan saman ini..Waduh!

Ku tanya pakcik kat kaunter tu takde diskaun ke?dia kata ada..hik bagus2!Then dia print slip pembayaran..Ku kena bayar RM30..ok la dari kena bayar RM45 kan..boleh buat beli lunch dah balance dia tu..

Lega dah settlekan hutang..tho ramai je buat tak endah bila kena saman parking sebab alasan 'tak kena dakwa pun'..'mana ada akta yang boleh buat dorang saman kita macam polis trafik tu'..tapi hutang mesti dijelaskan walau tidak dituntutkan?Nanti tak lepas lak kat akhirat nanti..Memang nampak remeh je..tapi impak dia besar wooo..hutang ni bukan boleh main-main kan..

Gitulah kisah orang tak makan saman..hehe selalu lupa nak letak kupon parking...Padan muka saya!

8 comments:

eelobor said...

hehehe, bagus bila dapat menerima kesalahan yang di lakukan. sesetengah org dah la buat salah, tp salahkan org lain lak

Afiq Bukhari said...

hehe ku xpernah lagi disaman sebab tersalah parking :D

Kalamhati said...

>>eelobor: huhu kena la ngaku kan..udah salah sendiri..tipu la kan kalau dah buat salah kita bleh lupa kesalahan kita tu melainkan org tu hilang ingtan..=p


>>Afiq: hehe awak memang jenis makan saman..=D bagus2..jangan tiru akak tau

Kyuubi said...

haha.. tu la kau.. padan muka tak pandai mkn saman.. hik3

cikgu isza said...

aduhaiii.. nak buat camne kan..
berhati-hati yer lepas ni..
(peringatan untuk diri sendiri juga)

Kalamhati said...

>>Kyuubi: hehehe pahni kena belajar makan saman..kyuubi ajar ye..=p


>>Isza: huhu tu la sekali harung je Allah uji..mudah2an banyak dosa kecil yg Allah delete kan.=)

rossoneri said...

kat sabah,ada org tak bayar parking selama 10 tahun,n menimbunkan hutang dia sampai seribu lebih

Kalamhati said...

>>rossoneri: erk sampai banyak macam tu?huhu jenuh la la membayar tu