Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 4, 2010

Larangan Meminta-minta Mati


Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian :
Pengajaran hadith:
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - mStar online

------------------------------------
Uikks!minta mati?macam dah cukup amal je siap minta-minta mati lagi tu..susah sikit minta Allah matikan..jangan macam tu ye..setiap orang Allah dah tentukan saat ajalnya..Bila?Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Wallahu a'lam

2 comments:

Nur Azila Ismail said...

ajal maut seseorg telah ditentukan .
jangan mintak mati . .macam menidakkan kuasa Allah

Kalamhati said...

btul tu zila..Sampai masa Izrail akan dtg..takkan tertangguh walau sesaat pun..