Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 4, 2010

BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM??!



PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), tahun ini.
Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.
"Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini, Ahad.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu.
Omar berkata pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.
"Permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat beberapa bulan lalu, bagi memohon bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam," katanya.
Omar berkata setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu.
Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini. - BERNAMA

--------------------------------
Andai jadi nyata..Alhamdulillah!harap2nya terbuka la hati PM kita nak bagi bonus..mekasih in advance!hihi

6 comments:

DKosongLapan said...

errrmmm....baghu mintak??? kalo ade rezeki lee......oghang2 dekat AG kabo....portion utk bonus memang deme dah allocate awei2 lagi....mase buat bajet yang akan datang...... jadi bile dah allocate tu bagi je lee...

Kalamhati said...

owh ye ke?..so memang dah siap2 wat dah la utk bonus tu ek..

dorang hntar surat beberapa bln aritu..

tu la kan..bg je la..huhu

cikgu isza said...

moga ada rezeki kita hendaknya...

Kalamhati said...

insyaAllah..mudah2an!

Mr Noble said...

aku rasa patut ada had maximum like tak lebih RM5000 ke utk jumlah bonus ni, so takde la org lain jeles sgt :)

Kalamhati said...

mak aih 5k?byk nyeee..kalu dpt 1000 pun kitorang dah shuffle dah..haha