Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 27, 2010

GURU j-QAF TIDAK JUJUR DAN AMANAH LAKSANA TANGGUNGJAWAB?

Tiba-tiba je kurasa macam nak jadi incredible hulk!hahaha..Sabar sabar..Rasanya kalau ku dapat face to face dengan si pengadu atau penulis yang bijak laksana lagi prihatin ni lagi bagus..Boleh buat sesi soal jawab..Nak juga ku tahu sejauhmana dia tahu pasal program j-QAF ni..Ke dia hanya tengok 'kehampesan' guru2 j-QAF tempat dia je..Then terus menulis kepada pihak media?


Kalau dia nak tahu, diriku ini merupakan salah seorang daripada kategori guru yg dia sebutkan itulah..Tapi tahukah dia bahawa guru ini memegang jawatan2 yang sepatutnya guru2 lain pegang?Guru ini mengajar Tahun 1 pada awal memulakan kerjaya tetapi menjadi  'Penyelaras UPSR', SU Pentadbiran Sekolah dan Penyelaras Unit j-QAF dalam satu masa..

Bukan nak menunjuk tetapi hanya mengemukakan bukti..Kalau nak bukti2 yang lebih besar..Boleh kje nak dedahkan..Rakan-rakanku yang berada kat Sarawak sekarang, bukan setakat peringkat sekolah, malah mampu membantu Majlis Agama dan Jabatan Pelajaran dalam memantapkan lagi pendidikan Islam kepada masyarakat..

Jangann kerana kerana segelintir 'si katak di bawah tempurung'..'si luncai dengan labunya'..'si bodoh sombong yang tiada anjakan paradigma' dan blablabla..Hampir satu kampung kena bakar..hehe sungguh tidak adil..

Apa tidak ada perubahankah..Bila si buta Al-Quran dari pada tahun 1 seramai hampir 200 orang hanya tinggal 30 orang sahaja bila mereka di Tahun 6..Yang 30 orang ni pun yang memang kata orang bak "mencurah air ke daun keladi"..makin diajar makin tersasar..hehe ini ke yang dikatakan guru tidak menjalankan tugas dan amanah? Cuba mai hang duk sekejap ngaja depa..Cuba mai hang duk sehari ngaja depa baca Jawi ngan Bahasa Arab..Try test dulu..

Cuba khatam abis dulu silibus j-QAF tu..lengkap ke tidak..setiap tahun silibus dan buku teks tukaq baghu hang tau dak?Setiap tahun enjin pelaporan j-QAF depa tukaq baghu hang tau dak cemana susahnya nak kena taip nama baghu..kadang2 guru2 ni terpaksa gabung kelas..sebab ghamai sangat guru2 akademik lain yang takdak kat sekolah..pi kursus..anak sakit..suami cirit..cuti rehat..guru j-QAF ni la jugak jadi mangsa..Hang tau dak?

Eh apsal ku cakap Kedah lak ni..hehe bengang punya pasal..ku tak melenting sebenarnya..Cuma cuba menggambarkan senario sebenar yang berlaku..Memang ada yang curi tulang..malas macam ulau duk berlingkau je..cikgu2 lain pun ada gitu..Cumanya sebab status 'ustaz dan ustazah' tu la yg jadi isu..Orang yang sepatutnya jadi contoh, buat onar..

Mana ada benda yang perfect dalam dunia ni..Mana ada manusia yang jujur dan amanah semua..Kalau tak Allah tak cipta syurga dan neraka..Kalau nak tahu, guru j-QAF ada yang diambil hanya kerana mereka pernah belajar di sekolah agama or ada subjek di U yang ada agama..Sebab kekurangan guru2 utk diisi..Kiranya yang boleh baca Al-Quran..cakap Arab sikit..sebab nak ngaja murid sekolah rendah..

Kalau ada yang buat perangai pun, itu bukan bermakna semua orang dibabitkan..cara dia bagi kenyataan tu macam buruk perangai sangat la guru-guru j-QAF ni ye..hehe yang buat perangai macam tu biasanya depa ni masa time study kat U pun jenis selfish ataupun katak bawah tempurung..Taknak bergaul dan belajar..Tapi ramai je cikgu2 lain yang malas nak pegang jawatan kat sekolah kan?hehe hang nak cakap..Lain kali hang pakai akai sikit bleh dak?

Cheq mintak maaf sebab cheq melaser di sini..Cheq tak maghah tapi cheq sedih dengan kenyataan tu..Sebab cheq rasa cheq selama ni dah sehabis tenaga dan seikhlas hati korbankan masa cheq untuk sekolah..Tidur sekolah bangun sekolah makan pun kat sekolah..Senja tak nampak tanah baru balik rumah..

Cuma pesan cheq, kalau nak buat kenyataan tu, pikiaq habih2 dulu..Takut sebab mulut hang tu, tahun depan cheq dan kuncu2 cheq kena serap jadi guru Pendidikan Islam..No more j-QAF..Means no more anak2 kecil ni akan belajar lebih tentang solat dan fardhu ain lain..Juga Bahasa Arab..Habis cerita..hehe

Korang mesti tertanya2 kenapa ku membebel panjang lebar ni kan?hehe kalau nak tahu baca la kat bawah ni
-------------------------------

Guru j-QAF tak jujur laksana tanggung jawab?

SAYA ingin memberi sedikit pandangan berkaitan program j-QAF tujuan memberi nasihat kepada ustaz dan ustazah program tersebut. Mengikut sejarah penubuhan j-QAF yang telah diumumkan oleh bekas Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, j-QAF bertujuan memastikan semua murid beragama Islam di sekolah rendah seluruh negara wajib belajar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.

Di satu pihak, seluruh umat Islam menyambut baik pengumuman tersebut kerana intipati j-QAF jelas ke arah peningkatan ilmu agama bagi generasi muda. Di satu pihak lagi, iaitu graduan bidang agama terutama lepasan universiti dari Timur Tengah, program j-QAF merupakan rezeki yang datang bergolek kerana beribu-ribu pelajar yang menganggur telah berjaya menjadi guru j-QAF!

Bagi memastikan kejayaan program ini, guru-guru j-QAF diberi tangga gaji istimewa dan layanan istimewa iaitu tidak boleh memegang apa-apa jawatan di sekolah selain mengajar.

Dengan kaedah ini, maka bermulalah satu keadaan di sekolah-sekolah kebangsaan di mana guru-guru j-QAF berkurung di dalam kelompok mereka di dalam dunianya yang tersendiri, langsung tidak berinteraksi dengan guru-guru lain.

Mereka tidak melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan sekolah atas alasan mereka tidak boleh memegang apa-apa jawatan. Namun atas kepentingan agama, guru-guru lain masih dapat menerimanya.

Untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti, ustaz dan ustazah ini dipertanggungjawabkan dengan bilangan pelajar yang kecil. Namun malangnya terdapat sesetengah ustaz dan ustazah berkonspirasi mewujudkan kelas gabung.

Contohnya, di sekolah yang mempunyai tiga orang guru j-QAF, sepatutnya untuk setiap sesi pembelajaran harus ada tiga kelas yang melibatkan tiga kumpulan kecil murid oleh tiga guru j-QAF.

Namun apa yang berlaku di sesetengah sekolah, guru-guru j-QAF telah berkonspirasi dengan menggabungkan tiga kelas menjadi satu kelas pembelajaran yang di kendalikan oleh hanya seorang guru j-QAF sahaja! Hal ini bermakna dua orang guru j-QAF lagi boleh berehat!

Tindakan guru-guru j-QAF ini bolehlah diiktiraf sebagai 'bijak' kerana mengoptimumkan sepenuhnya tenaga dan masa. Namun dari segi kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disampaikan boleh dipertikaikan kerana tujuan kelas j-QAF diadakan dalam bilangan pelajar yang kecil jelas untuk mendapatkan kualiti P&P yang terbaik. Namun tindakan 'bijak' sesetengah guru-guru j-QAF ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang beriman.

Jika inilah sikap guru-guru Melayu yang beragama Islam, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ustaz dan ustazah berkonspirasi mendidik anak bangsa, ia amat dikesali.
Mereka tidak perlu berteriak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib mereka yang suatu ketika dulu hanya mendapat tempat di sekolah-sekolah agama rakyat dengan pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan.

Apa yang dituntut oleh ibu bapa ialah dedikasi ustaz dan ustazah dalam mencorakkan pelajar-pelajar Islam menjadi seorang yang beriman agar halal setiap sen gaji yang mereka terima!

SEKADAR NASIHAT
Alor Setar, Kedah


7 comments:

Unknown said...

pesal dia tak bagitau sekolah mana punya angkara tu....lebih specifik supaya senang nak amik tindakan.. abis rosak susu sebelanga...
kuman "Aktif?.." Entry

ISZA said...

yang lumrah.. buruk juga nampak di mata dan orang nak heboh2kan..

yang berterima kasih?
huhuhu

Kalamhati said...

>>Kuman: hmm betul tu..Kalau dia ikhlas nak menegur bgtau terus sekolah mana..takpun hantar je surat layang ke PPD yg berkenaan biar dorang pi siasat...abis cerita

>>Isza: resam dunia gitulah..kita yg kat dalam dunia pendidikan ni tak pernah surut dgn tohmahan kan..Dan lali sangat..Ayat 'cikgu tak reti ngaja' ngan ' cikgu makan gaji buta' tu dah biasa sgt..

Semua tu sebenarnya terpulang kepada diri masing2..halal atau haram atau syubhah rezeki yg diterima..hanya diri yg mengetahui..

eelobor said...

agak2 muka kak chik masa baca artikel tu mesti kaler merah kan? sabar yer kak...

Kalamhati said...

>>eelobor: kihkihkih kaler pink je eelobor..=p insyaAllah..sobrun jamiil..hehe

Anonymous said...

betul tu. contoh kat sek saya bila yang dia xminat dia xnak buat. Kalau nk ikutkan, PnP pun taklah bagus sebab xboleh control kelas pun. Betulkah mereka xboleh pegang apa-apa jawatan di sek.Tp sy tengok jadualnya banyak free pun macm guru lain juga. Sy sebagai pihak pentadbir juga xpuashati dg sikap mereka.

Anonymous said...

cikgu jqaf jangan nak sombong sangat! terimalah hakikat bahawa ada di antara awak ni memang riak. nak cerita banyak pun tak guna. tepuk dada tanya iman.