Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 27, 2010

BERSETUBUH DENGAN IBU DI DALAM KAABAH?SANGGUP TAK?MESTI TAK SANGGUPKAN?

Tapi ramai yang buat secara tak sengaja tau?Ambui main tuduh je diriku ni kan?Tak sayang mulut la tu..Huhu bukan diriku yang kata tapi:




Dalam hadis Nabi SAW disebutkan



Orang yang meninggalkan solat lebihbesar 
dosanya dibandingkan dengan orang yang 
membakar 70 buah Al-Quran,membunuh 70 nabi 
dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah.


**(sumber dari Facebook sahabat seperjuanganku Ahmad Baihaqi Al-Hafiz..Syukran ya akhi)


Astaghfirullah..besarnya dosa tinggalkan solat..Sama-sama kita menjaga solat kita ye..Mudah-mudahan cepat hisab kita di Padang Mahsyar nanti..InsyaAllah..=)

Wallau a'lam..

**Makluman: Setelah saya semak dalam hadith sahih, ternyata hadith di atas tiada dalam hadith sahih..Hadith ni hanya disebut dalam Kisah Nabi Musa bersama penzina..Banyak blog yang copy paste article tentang Kisah Nabi Musa ni..Memang tidak dinyatakan siapa periwayat hadith ni dan martabatnya..Dan semasa pencarian saya, saya jumpa satu forum yang telah bertanyakan kesahihan ni kepada Ustaz Zaharudin..Dan Ustaz Zaharuddin inginkan alasan yang kukuh samada adakah ia disebut dalam Al-Quran atau hadith lain yg boleh support..Jika tidak ia tidak boleh dipakai..


Hadith ni mungkin hadith dho'if..sebab tiada sanadnya..namun ia boleh kita jadikan peringatan..bahawa doasa meninggalkan solat tu amatlah besar..


Harap maklum..syukran kepada Ismi Jannati kerana bawakan persoalan tu..memang betul..takut ada yang keliru kan..sebab ni hal yang besar..=)


Masih menunggu jawapan dari sahabatku..



8 comments:

ello said...

waaaaa.. huhu

Kalamhati said...

>>ello: huhu besar dosa dia kan..

ismi jannati said...

slm..

uish..benarkah hadis ini? seakan tidakku mempercayainya sebab tidak tertulis di sini darjah hadis itu samada sahih atau tidak. blh tlg tanya sahabat kak tu tak dia amik dari mana hadis ni? sebab sebesar2 dosa adalah membunuh dlm hukum had..ni pula diibaratkan bunuh 70 nabi mashaAllah..

Kalamhati said...

>>ismi jannati: akak rasa ni bukan hadith sohih..ini cuma perumpaan besarnya dosa meninggalkan solat kan?

sebab solat ni yg mula2 Allah hisabkan?

nnt akak tanyakan balik..=)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kalam hati


what???..tapi memang tak sahir kan hadis nie?...agak keliru...

sila dapatkan kepastian yer sayangku..

nanti update lagi entry ini...nak tahu jawapannya

Kalamhati said...

>>Kak Ayu: Tu la kak..nanti saya dapatkan kepastian dulu..then saya inform balik

Amirsyah said...

ya! stju2! wajar dan wajib utk dipastikan. lebih2 lagi bila berkait dengan kata2 rasulullah..

sekadar ingatan,
dalam 1 hadith mutawattir (sangat2 ramai yang meriwayatkan, dan mustahil utk mereka berbohong), Nabi saw bersabda:

"barangsiapa berbohong atas (nama) aku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka"

so, sbrg periwayatan/nukilan hadith yang kita gunakan seharian perlu dirujuk/dipastikan dulu dari sumbernya yang asal (kitab hadith) samada ada sahih, dhaif atau maudhuk.

apapun, kita sedang belajar kan? =)

apapun jugak, dosa meninggalkan solat memang tersangat2 besar, sehingga ulama ada yang menghukum murtad jika meninggalkannya dengan sengaja tanpa mahu bertaubat, walaupun telah diberi amaran.. dan boleh dihukum bunuh.. dahsyat kan? sebab, SOLAT.

Kalamhati said...

ye ustaz kita dah beri hujjah..syukran!

harap sangat dpt cari sanad hadith ni..nak tau gak..